Terkini

Sejarah Tulisan Jawi



Image result for tulisan jawi

Tulisan Melayu huruf Arab telah digunakan di Nusantara sejak kedatangan Islam pada abad ke 10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu, dan dikenali dengan nama tulisan Jawi. Menurut kamus dewan, tulisan jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.

Manakala berdasarkan sejarah Melayu, perkataan Jawi berasal daripada bahasa Arab ‘Jawah’. Berdasarkan bahasa Arab, perkataan Jawah atau Jawi merujuk kepada semua kaum dan bangsa peribumi di Asia Tenggara dan merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Patani, Champa, Jawa, Aceh, Mandailing, Sunda, Minangkabau, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain.

Image result for kepulauan melayu

Perkembangan tulisan Jawi adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu. Di Malaysia, Singapura, Selatan Thai dan Brunei Darussalam mengenalinya sebagai ‘tulisan Jawi’ manakala di Indonesia tulisan ini dikenali sebagai ‘tulisan Melayu huruf Arab’ atau ‘tulisan Melayu Arab’.

Tulisan Jawi dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia dan terhad kepada kegunaan dalam hal ehwal agama dan kebudayaan. Manakala di Brunei ianya menjadi salah satu dari dua sistem tulisan rasmi.

Pada zaman kegemilangannya, tulisan Jawi telah digunakan secara meluas oleh orang Melayu dalam pelbagai bidang penulisan dan kesenian. Banyak bukti sejarah yang menunjukkan tulisan Jawi telah digunakan sejak sekian lama.


Sebagai contoh, batu bersurat Terengganu yang ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu yang bertarikh 702H (1303M), mata wang (emas dan perak) yang diukir dengan nama raja Melayu yang memerintah seperti Sultan Muzaffar Shah, Mansur Shah dan lain-lain.

Image result for wang perak yang menggunakan huruf jawi

Contoh lain yang boleh didapati ialah surat-surat yang menggunakan tulisan Jawi seperti surat kepada raja-raja bukan Melayu (Inggeris, Belanda), surat-surat perjanjian raja dan negara di Nusantara, piagam dan teks pemasyuran, catatan pemilikan dan perdagangan dan ukiran pada batu nisan. Ini termasuklah surat khabar dan majalah seperti Alamat Lankapuri, Jawi Peranakan, majalah Bustan Arifin dan Al-Imam.    

OP434_0001_c0149-06_page 1

Namun tertib tulisan Jawi hari ini merupakan inisiatif penyeragaman tulisan Jawi yang dibuat oleh Zainal Abidin Ahmad, tokoh tersohor kesusasteraan Melayu atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba. Beliau menghasilkan ‘Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi’ yang diusahakan olehnya pada 1938 dan diterbitkan pada 1949.

Sebelum tulisan Arab, bangsa Melayu menggunakan tulisan rencong yang ditulis pada batang buluh dan daun-daun. Ini kemudian disusuli dengan penggunaan tulisan kawi dan palava, kedua-duanya berasal dari Selatan India. Ini dapat dilihat pada batu bersurat yang telah dijumpai dengan menggunakan tulisan palava di Kedukan Bukit di kaki Bukit Siguntang bertarikh 683 Masehi, batu kedua ditemukan di Talang Tuwo, Palembang bertarikh 684 Masehi, batu ketiga dijumpai di Karang Brahi, Jambi bertarikh 686 Masehi, dan batu bersurat terakhir dijumpai di Kota Kapur, Bangka bertarikh 686 Masehi.

Image result for tulisan palava di Kedukan Bukit di kaki Bukit Siguntang bertarikh 683 Masehi

Namun, kedua-duanya tidak sesuai kerana ia tidak dapat membunyikan rangkap-rangkap Al-Quran dan Hadis dengan betul. Ini telah menyebabkan orang Melayu mula bereksperimen dengan huruf Arab. Sememangnya, tulisan Jawi adalah penciptaan orang Melayu biarpun didasari oleh tulisan Arab. Pada tahun 1990-an, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memperkenalkan beberapa huruf tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulisan seperti yang kita fahami sekarang ini.

Sepatutnya, orang Melayu perlulah menguasai tulisan Jawi kerana tahu Jawi bermakna kita tahu mengaji. Oleh itu, wajarlah kita untuk mempertahankan dan memartabatkan tulisan Jawi agar ianya tidak lupus ditelan zaman.



No comments