Terkini

Orang kaya yang kehilangan berbilion dollar dalam masa yang singkat

GP: Jack Ma: China International Import Expo (CIIE) - Day One

Orang terkaya didunia ialah Jeff Bezos dengan harta yang bernilai $158 bilion dan telah kekurangan $38 bilion selepas penceraiannya. Bezos adalah antara jutawan yang mempunyai hampir semua nilai bersihnya dalam saham syarikat awam tunggal.  Kira-kira 95% daripada nilai bersih Bezos diletakkan dalam hampir 80 juta saham Amazon – kira-kira 16% daripada syarikat itu. Memandangkan pasaran saham yang tidak menentu, Bezos selalu mengalami kerugian yang tinggi nilainya pada hari perdagangan yang teruk.

Untuk para pelabur, ini merupakan contoh dan penting untuk mempunyai kepelbagaian portfolio kerana apa bila anda simpan semua telur pada satu bakul, anda akan hidup dan mati dengan bakul itu. Anda dinasihatkan untuk mempunyai mutual funds dan/atau ETF untuk menambah pelaburan melalui beratus-ratus saham yang berlainan selain melabur dalam bon dan lain-lain jenis sekuriti juga.

Berikut adalah contoh jutawan yang telah mengalami kerugian yang besar dalam satu hari kerana salah satu syarikat yang menjunam.

1. Jeff Bezos
Image result for jeff bezos

Tarikh: 24 Oktober 2018
Syarikat: Amazon , Inc.
Kejatuhan peratus saham syarikat: 5.9%
Jumlah kerugian: $8.2 bilion

24 Oktober adalah hari yang sukar untuk pasaran dengan S & P 500 menjunam 3.2%. Amazon paling teruk terkesan dari yang lain dengan kerugian hampir 6%. Apabila anda memiliki 16% saham dalam syarikat, diterjemahkan lebih dari $8 bilion, bermakna Bezos kehilangan nilai bersih George Soros dalam satu hari.

2. Mark Zuckerberg
Image result for mark zuckerberg

Tarikh: 26 Julai 2018
Syarikat: Facebook, Inc.
Kejatuhan peratus saham syarikat: 19%
Jumlah kerugian: $15 bilion

Laporan pendapatan Q2 mengecewakan Facebook, menunjukkan pendapatan yang tidak memuaskan dan pertumbuhan pengguna yg lembab. Ini menyebabkan kerugian yang pertama kali bagi syarikat saiznya. Anggaran kerugian sebanyak $100 bilion adalah kerugian terbesar nilai pasaran dalam satu hari bagi mana-mana syarikat dalam sejarah. Zuckerberg, yang memiliki 350 juta stok saham syarikat itu atau 97% peratus daripada nilai bersih, akhirnya kehilangan $15 bilion dalam hanya lapan jam bersamaan dengan GDP tahunan Jamaica.

3. Warren Buffett
Image result for warren buffett

Tarikh: 10 Oktober 2018
Syarikat: Berkshire Hathaway, Inc.
Kejatuhan peratus saham syarikat: 4.9%
Jumlah kerugian: $4.5 bilion

Pada 10 Oktober, S & P telah jatuh 3.3% dan Berkshire telah kerugian hampir 5%. Warren Buffett memiliki 270,644 saham Berkshire Hathaway pada ketika itu dan ini menyebabkan beliau mengakhiri harinya dengan $4.5 bilion kurang daripada pagi itu.

4. Sergey Brin
Image result for sergey brin

Tarikh: 24 Oktober 2018
Syarikat: Alphabet, Inc.
Kejatuhan peratus saham syarikat: 5.2%
Jumlah kerugian: $1.1 bilion

Pasaran Oktober telah memberi kesan kepada banyak syarikat berteknologi tinggi dan Google tidak terkecuali. Saham syarikat jatuh lebih daripada 5%. Tidak syak lagi ia akan menyakiti banyak pelabur, tetapi pengasas syarikat Sergey Brin paling terkesan. Brin berjaya memperbagaikan pelaburannya. Sahamnya sebanyak 19 juta di Alphabet hanya merupakan 42.9% daripada nilai bersihnya.

5. Larry page
Image result for larry page

Tarikh: 24 Oktober 2018
Syarikat: Alphabet, Inc.
Kejatuhan peratus saham syarikat: 5.2%
Jumlah kerugian: $1.2 bilion

Sudah tentu, Brin masih okay jika nak dibandingkan dengan pengasas bersamanya, Larry Page. Page yang memiliki 600,000 lebih saham dari Brin akhirnya kehilangan lebih kurang $1.2 bilion semasa bencana itu.

6. The Waltons
Image result for the waltons walmart

Tarikh: 20 Februari 2018
Syarikat: Walmart, Inc.
Kejatuhan peratus saham syarikat: 10.2%
Jumlah kerugian: $14.8 bilion

Apabila Walmart melaporkan perolehannya untuk Q4 tahun 2017 pada akhir Februari, ia menunjukkan penurunan tajam dalam pertumbuhan jualan digital. Ini menimbulkan minat pelabur dan mendorong penjualan utama, menjadikan saham turun sebanyak 10.2% menjelang akhir hari itu.
Ini bermakna bahawa kesemua anak-anak Sam Walton turut terkesan. Setiap adik beradik terkesan secara berbeza tetapi Walton Enterprise, LLC kehilangan $14.8 bilion dari nilai saham yang dipegang.

7. Jack Ma
Image result for jack ma

Tarikh: 25 June 2018
Syarikat: Alibaba, Inc.
Kejatuhan peratus saham syarikat: 5.3%
Jumlah kerugian: $1.9 bilion

Alibaba mengalami hari yang sangat buruk dan dasyat untuk pelabur pada 25 Jun apabila saham menjunam kira-kira $10 sesaham dalam satu hari. Ini bukanlah berita baik bagi mana-mana pemegang saham, tetapi pengasas syarikat Jack Ma yang memiliki 7% saham syarikat telah kerugian hampir $2 bilion .

8. Steve Ballmer
Image result for steve ballmer and microsoft

Tarikh: 24 Oktober 2018
Syarikat: Microsoft, Inc.
Kejatuhan peratus saham syarikat: 5.3%
Jumlah kerugian: $1.9 bilion

Syarikat teknologi yang lebih berkuasa seperti Microsoft juga terkena tempias tragedi Oktober, dengan Microsoft mengalami kejatuhan melebihi 5% pada hari yang sama dengan Google dan Amazon. Yang paling teruk ialah Steve Ballmer yang mengikuti Bill Gates sebagai CEO microsoft. Beliau mempunyai 333.3 juta saham saham sejak meninggalkan jawatan pada tahun 2014, menjadikan kira-kira 85% daripada nilai bersihnya 41.9 bilion. Beliau kerugian hampir $2 bilion pada hari itu tetapi saham pulih keesokan harinya dan memperolehi $2 bilion dalam proses itu.

9. Phil Knight
Image result for phil knight

Tarikh: 10 Oktober 2018
Syarikat: Nike, Inc.
Kejatuhan peratus saham syarikat: 6.8%
Jumlah kerugian: $115.4 juta

Kebanyakan syarikat terperangkap dalam selloff pada 10 Oktober. Salah seorang yang menerima kesan terbesar adalah Phil Knight, pengasas bersama syarikat dan presiden lama. Penurun 6.8% menyebabkan kerugian sebanyak $11.4 juta daripada nilai bersihnya.

10. Larry Ellison
Image result for larry ellison

Tarikh: 20 Mac 2018
Syarikat: Oracle, Inc.
Kejatuhan peratus saham syarikat: 9.4%
Jumlah kerugian: $5.5 bilion

Saham syarikat teknologi Oracle telah mengalami kerugian yang teruk pada 20 Mac selepas syarikat melaporkan keputusan yang mengecewakan untuk perniagaan cloud software nya. Saham telah turun sebanyak 9.4% dan menjadikan pengasas dan CEO Larry Ellison - memiliki 1 bilion saham yang menjadikan 94% daripada nilai bersih - kehilangan kira-kira $5 bilion dalam masa enam jam setengah.

Sumber : msn.com

No comments