Negara Yang baru Mendapat Kemerdekaan
Negara kita, Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebelum itu, kita telah dijajah oleh banyak negara termasuk Belanda, British, Jepun, dan Portugis. Begitu juga negara lain dalam usaha mereka mencapai kemerdekaan. Ada yang dipenuhi dengan peperangan, pergaduhan, keganasan dan kekacauan politik dalam usaha berjuang untuk diiktiraf sebagai sebuah negara yang bebas. Kerana itu, kita perlu menghargai usaha nenek moyang kita dahulu yang telah sanggup berkorban harta, masa dan tenaga demi memastikan keselesaan kehidupan kita sekarang.
Dibawah adalah negara yang baru mendapatkan kemerdekaan dari yang lama sehingga ke terbaru.
Dibawah adalah negara yang baru mendapatkan kemerdekaan dari yang lama sehingga ke terbaru.
7. REPUBLIK CZECH DAN SLOVAKIA
Tahun Kemerdekaan : 1993
Populasi Republik Czech : 10.6 Juta
Populasi Slovakia : 5.5 Juta
Pada 1 Januari 1993, Czechoslovakia dibubarkan oleh parlimen kepada dua buah negara : Republik Czech dan Slovakia. Selepas Revolusi Velvet mengakhiri peraturan satu parti komunis, terjadinya 'Penceraian Velvet'.
Sejurus perpecahan itu, terdapat beberapa pendapat : The New York Times mencatat ‘penyesalan yang besar’ pada akhir negara yang dibentuk selepas Perang Dunia Pertama. Namun pandangan kontemporari pula perpecahan itu merupakan satu kejayaan : “Perpecahan itu benar-benar lancar”, kata wartawan Slovakia, Pavol Mudry kepada BBC. Sejak merdeka, kedua-dua negara telah menyertai Kesatuan Eropah dan ekonomi keduanya agak stabil.
Tidak semua orang gembira dengan perpecahan itu, bagaimanapun dalam pengundian Scotland, Pavel Seifter, bekas duta besar Czech ke Britain berkata dalam Guardian, “bahawa kedua-dua negara tidak menghargai apa yang mereka telah hilang”.
6. ERITREA
Tahun Kemerdekaan : 1993
Populasi : 5 Juta
Bangsa-bangsa Bersatu telah mendirikan Eritrea sebagai wilayah autonomi dalam Persekutuan Ethopia pada tahun 1952. Namun, ketika Ethopia dibawah Maharaja Haile Selassie, mencampur tangan di wilayah itu pada tahun 1962, menyebabkan perang saudara yang berlangsung selama 30 tahun. Pada tahun 1991, Eritrean People Liberation Front (EPLF) mengusir keluar pasukan Ethopia, dan pada 27 April 1993, Eritrea mengisytiharkan kemerdekaan selepas referendum.
Sejak Merdeka, terdapat beberapa pertikaian yang wujud antara Ethopia dengan Eritrea, termasuk perang sempadan pada tahun 1998 yang berlangsung selama lebih dari dua tahun. Pada masa itu juga , negara sedang diperintah oleh salah seorang presiden, Isaias Afwerki, yang telah dikritik secara meluas kerana taktik pemerintahan yang menindas, menjadikan nama samaran bagi negara itu ‘Korea Utara Afrika’.
5. PALAU
Tahun Kemerdekaan : 1994
Populasi : 21,500
Palau secara geografi adalah sebahagian daripada kumpulan besar Pulau Micronesia di Lautan Pasifik Barat. Palau adalah negara paling kurang penduduk di dalam senarai ini, dengan anggaran 21,000 orang yang hidup di sekitar 250 buah pulau. Ia mendapatkan kemerdekaan pada 1 Oktober 1994, 15 tahun selepas ia memutuskan untuk tidak menjadi sebahagian daripada Micronesia kerana perbezaan budaya dan bahasa.
Pulau-pulau yang membentuk Palau telah melalui pelbagai jajahan kolonial selama bertahun-tahun, sebelum berada di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Pasifik, yang ditadbir oleh Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua. Hubungannya dengan Amerika Syarikat tetap menjadi Compact of Free Association, yang bermaksud Amerika Syarikat menawarkan bantuan kewangan dan mempertahankan kuasa tenteranya. Pada tahun 2009, Palau bersetuju untuk menerima enam orang tahanan Uighur dari Teluk Guantanamo yang mencetuskan kontroversi. Negara ini salah satu negara paling kaya di Pasifik dan terkenal dengan industri pelancongannya.
4. TIMOR LESTE
Tahun Kemerdekaan : 2002
Populasi : 1.3 Juta
Timor Timur (East Timor), sekarang dikenali sebagai Timor Leste mencapai kemerdekaan pada 20 Mei 2002. Negara itu secara efektif mengundi untuk kemerdekaan beberapa tahun sebelumnya apabila sebuah referendum memberikan suara yang jelas bahawa mereka ingin menolak autonomi khas didalam Indonesia. Selepas referendum itu, terdapat kekerasan yang teruk dirantau ini dari militia pro-Indonesia yang menyerang rakyat sehingga pasukan PBB terpaksa campur tangan.
Negara ini telah banyak terseksa. Mengikut laporan PBB dari tahun 2006, Indonesia mungkin secara langsung atau tidak langsung telah membunuh seramai 180,000 orang di Timor Leste setelah mereka menyerang negara itu apabila penjajah Portugal meninggalkan meraka pada tahun 1975. Keadaan di Timor Leste telah menjadi berita utama diseluruh dunia sejak tahun 1991, sekurang-kurangnya seramai 250 orang penunjuk perasaan pro-kemerdekaan telah ditembak mati.
Selepas kemerdekaan, beberapa masalah masih lagi kekal. Pada tahun 2006, pasukan PBB terpaksa mengerahkan semula tenteranya apabila pergaduhan terjadi semula. Bagaimanapun, Timor Leste telah menikmati keuntungan dari rizab minyaknya yang banyak dan pertumbuhan yang besar. Bank Dunia menyatakan bahawa “pembangunan sosial dan ekonomi di Timor Leste dapat dilihat sebagai luar biasa”.
3. MONTENEGRO DAN SERBIA
Tahun Kemerdekaan : 2006
Populasi Montenegro : 623,000
Populasi Serbia : 7.1 Juta
Negara tunggal Serbia dan Montenegro dibentuk selepas kejatuhan Yugoslavia pada tahun 1991, berubah menjadi Kesatuan Serbia dan Montenegro pada tahun 2003, dan akhirnya menjadi dua negara berasingan Serbia dan Montenegro yang terpisah pada tahun 2006.
Montenegro yang memutuskan hubungan itu, dengan referendum pada 21 Mei 2006 mencapai keputusan lebih dari 55% yang mahu mengakhiri hubungannya dengan Serbia. Beberapa hari kemudian, Serbia juga mengisytiharkan kemerdekaan dan menjadi republik berdaulatnya sendiri.
Sejak kemerdekaan, Montenegro telah memohon keahlian PBB, menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan memulihkan monarki yang telah lama diasingkan. Secara umumnya, rekod ekonomi Montenegro telah berkembang secara positif sejak kemerdekaannya.
Sudah tentu kemerdekaan Montenegro akhirnya menjadikan Serbia sebuah negara baru secara rasmi. Sejak tahun 2006, negara ini secara amnya mengejar dasar pro-Eropah dan berada di landasan keanggotaan Kesatuan Eropah (walaupun kemerdekaan Kosovo masih menjadi isu). Dibawah Presiden Tomislav Nikolic, yang dipilih pada 2012, negara ini berusaha untuk mengimbangi masa depan di Eropah dengan perkongsian dengan sekutunya, Rusia.
2. KOSOVO
Tahun Kemerdekaan : 2008
Populasi : 1.8 Juta
Kosovo adalah negara Balkan yang terkecil dan telah mencapai kemerdekaan pada 17 Februari 2008 setelah mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia. Negara ini telah ditadbir oleh PBB sejak tahun 1999, ketika NATO mengebom Serbia dan memaksa Presiden Slobodan Milosevic untuk menarik pasukannya dari wilayah yang terbahagi mengikut etnik.
Kemerdekaan Kosovo ditentang oleh Rusia dengan memberi amaran tentang pergerakan yang lain (yang patut diingat semasa krisis Krimea) dan Serbia, yang telah menakutkan etnik Serbia yang tinggal disana. Walaupun majoriti kecil ahli negara PBB mengiktiraf Kosovo, negara ini tidak memohon keanggotaan PBB.
Serbia dan beberapa negara lain juga masih tidak mengiktirafnya sebagai sebuah negara berdaulat walaupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa menegaskan kemerdekaan Kosovo.
Keadaan Kosovo selepas kemerdekaan masih tidak bebas dari masalah: ketegangan etnik, jenayah terancang yang kekal wujud dan ekonomi negara yang jelas tidak berkembang (kadar pengangguran yang tinggi).
1. SUDAN SELATAN
Tahun Kemerdekaan : 2011
Populasi : 12.2 Juta
Sudan Selatan mengisytiharkan kemerdekaan mereka dari Sudan pada 9 Julai 2011 selepas lama terlibat dalam kancah perang saudara dengan etnik Arab utara yang telah berlangsung beberapa dekad. Hampir 99% pengundi telah mengundi untuk merdeka dalam satu referendum, dan negara baru diiktiraf dengan pantas oleh masyarakat antarabangsa. Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam perjalanan Sudan Selatan menjadi sebuah negara.
Walau bagaimanapun keganasan terus merosakkan negara terbaru didunia ini. Sejak kemerdekaan, negara ini telah menghadapi beberapa masalah, kebanyakannya dapat ditelusuri kembali kepada dua faktor besar:
1) Kadar kemiskinan yang tinggi di Sudan Selatan,
2) Pergerakan etnik politik yang berbagai didalam negara yang sudah kekurangan musuh bersama.
Tambahan lagi, walaupun negara ini mempunyai sumber semulajadi yang besar, sebahagian besar sumber semulajadinya masih tidak diterokai.
Perang saudara tercetus di Sudan Selatan pada 2013 dan masih berterusan sehingga kini kerana pemimpin politik dari pelbagai kumpulan etnik yang bertanding merebut kuasa. Lebih dari 50,000 kanak-kanak yang mati kelaparan dan lebih dari 1.6 milion telah dipindahkan akibat konflik yang terjadi.
No comments