Kanak-kanak Genius yang tercatat dalam Sejarah
Sesetengah orang telah dianugerahkan dengan bakat yang luar biasa sejak dari kanak-kanak. Disaat kanak-kanak lain sedang bermain dengan makanan dan mengira jari, mereka pula sedang belajar bahasa yang sukar dan belajar didalam bidang yang kita tidak pernah tahu kewujudannya. Mereka kelihatan lebih menyerlah dan bijak dari kanak-kanak lain yang sebaya mereka. Pada umumnya sebelum berumur 10 tahun mereka telah menunjukkan kemampuan mereka setanding atau lebih lagi dari orang dewasa yang berkemahiran tinggi dalam bidang tertentu. Kebanyakan mereka telah mencapai kebijaksaan yang tinggi dan sudah berbakti kepada masyarakat lebih dari apa yang mampu kita lakukan sepanjang hidup ini. Senarai ini menunjukkan kanak-kanak pintar diseluruh dunia.
Priyanshi Somani
Priyanshi Somani adalah seorang mental calculator dari India. Dia memulakan pengiraan mental pada usia 6 tahun. Beliau telah menjadi peserta bagi 'Mental Calculation World Cup’'pada usia 11 tahun sekaligus memenangi gelaran keseluruhan. Beliau adalah satu-satunya peserta yang telah melakukan ketepatan 100% dalam penambahan, pendaraban, punca kuasa didalam semua lima 'Mental Calculation World Cups'. Priyanshi juga adalah pemenang ‘Pogo Amazing Kids Awards 2010’ dalam kategori genius. Namanya telah tercatat di dalam 'Limca Book of World Records' dan juga dalam 'Guiness Book of World Records'.
Cleopatra Stratan
Cleopatra baru berusia 3 tahun apa bila menerima bayaran sebanyak €1,000 bagi setiap lagu. Cleopatra yang dilahirkan pada 6 Oktober 2002 di Moldova adalah penyanyi termuda yang berjaya secara komersal dengan albumnya yang bernama ‘La Varsta de Trei ani’. Beliau juga mempunyai rekod dengan membuat persembahan secara langsung selama dua jam kepada penonton yang ramai. Cleopatra memegang rekod sebagai artis muda dengan bayaran yang tinggi. Beliau merupakan artis muda yang menerima anugerah MTV. Nama Cleopatra dimasukkan ke dalam Guiness Book of World Record sebagai bakat termuda yang membuat persembahan dihadapan penonton dan merekod album sendiri.
Elaina Smith
Elaina Smith telah menjadi penyampai radio termuda pada usia 7 tahun apabila stesyen radio tempatannya telah memanggilnya untuk bekerja. Beliau dipanggil untuk bekerja setelah beliau menelefon radio dan memberikan nasihat kepada perempuan yang ingin berpisah dengan teman lelakinya. Penyampai radio berasa kagum dengan nasihatnya – “pergi bermain bowling dengan sahabat dan minum segelas susu”. Stesyen radio menawarkan slot mingguan untuk memberikan tips kepada ribuan pendengar dewasa. Penasihat cilik ini akan menangani masalah dan menawarkan penyelesaian berkaitan percintaan kepada pendengar dengan memberikan tip bagaimana memilih teman lelaki.
Aelita Andre
Aelita dilahirkan pada 9 January 2007 adalah seorang artis abstrak Australia yang terkenal dengan lukisan Surrealist. Beliau mula melukis ketika berusia sembilan bulan sahaja. Kerja-kerjanya mula dipamerkan secara terbuka dalam pameran berkumpulan tidak lama selepas menyambut harijadinya yang kedua. Pameran solo pertamanya dibuka di bandar New York pada Jun 2011 apabila beliau berusia 4 tahun. Kedua mak ayah Aelita merupakan pelukis dan maknya berkata Aelita selalu melihat mereka melukis selama beberapa jam dan ini menyebabkan Aelita mampu melukis walau belum mampu berjalan. Lukisannya semasa berumur 7 tahun telah dijual dengan harga $10,000. Ini telah menimbulkan persoalan antara genius yang tulen dengan kreativiti yang digembar gemburkan.
Akrit Jaswal
Akrit Jaswal seorang warganegara India yang memiliki tahap IQ 146 pernah digelar sebagai budak lelaki terpandai didunia. Beliau mula dikenali orang ramai apabila beliau melakukan pembedahan pertamanya di rumah pada tahun 2000. Kemudian Jaswal telah melakukan pembedahan pada seorang kanak-kanak yang telah terbakar ditangannya ketika berumur 7 tahun. Beliau fokus pada kebijaksanaannya dalam perubatan dan menjadi pelajar termuda di universiti perubatan di India (Universiti Punjab) pada umur 12 tahun. Pada masa yang sama, beliau mendakwa hampir mencari penawar untuk penyakit cancer.
Michael Kevin Kearney
Michael terkenal selepas lulus kolej pada usia 10 tahun. Beliau dilahirkan pada tahun 1984 dan dikenali setelah menetapkan beberapa rekod dunia dan mengejar di kolej pada umur 17 tahun. Michael mengeluarkan perkataan pertamanya ketika berusia empat bulan dan apabila berusia enam bulan, dia berkata kepada pediatriknya, “saya mempunyai jangkitan telinga kiri”. Beliau belajar membaca pada umur sepuluh bulan. Pada tahun 2008, beliau telah menjadi jutawan apabila memenangi $1 juta dalam rancangan Who Wants to be a Millionaire?.
Gregory R Smith
Gregory yang lahir pada tahun 1990 telah menghafal dan membaca buku pada usia 14 tahun dan masuk ke University pada umur 10 tahun. Beliau adalah orang termuda yang pernah menerima ijazah sarjana dari University of Virginia. Gregory mengembara di seluruh dunia sebagai pendamai dan aktivis hak kanak-kanak dan telah mendapat hadiah Nobel seawal usia 12 tahun. Beliau adalah penagasa Advocates, sebuah organisasi yang menggalakkan prinsip-prinsip keamanan dan kefahaman dikalangan anak muda seluruh dunia.
Saul Aaron Kripke
Kripke dilahirkan di New York pada 13 November 1940 dan menghabiskan masa kecilnya di Omaha, Nebraska. Beliau digelar genius setelah mengajar dirinya Ibrani Kuno pada usia 6 tahun, membaca Shakespeare sepenuhnya pada usia 9 tahun, dan mahir dalam work of Descartes dan masalah matematik yang sukar sebelum habis sekolah menengah. Beliau menulis theorem yang lengkap didalam modal logic pada usia 17 tahun dan menerbitkannya pada tahun berikutnya. Pada tahun 1958, Kripke mula belajar di Universiti Harvard dan tamat belajar sebagai summa cum laude pada tahun 1962 dengan ijazah sarjana muda dalam matematik. Sepanjang dua tahun pengajiannya, Kripke mengajar kursus logika peringkat siswazah di MIT.
Arfa Karim
Arfa Karim adalah seorang pelajar Pakistan dan genius komputer. Pada tahun 2004, ketika berumur 9 tahun beliau telah menjadi Microsoft Certified Professional (MCP) yang paling muda. Beliau mewakili Pakistan dalam pelbagai pelbagai forum antarabangsa termasuk Persidangan Pemaju TechEd. Beliau turut menerima Anugerah Presiden untuk Pride of Performance. Sebuah taman sains di Lahore – Taman Teknologi Software Arfa- dinamakan sempena namanya. Arfa pernah dijemput oleh Bill Gates untuk melawat ibu pejabat Microsoft di Amerika. Malangnya, beliau telah meninggal di Hospital Lahore pada 14 January 2012 ketika baru berumur 16 tahun.
Kim Ung Yong
Kim Ung Yong dianggap sebagai kanak-kanak terpintar didunia. Beliau dilahirkan pada 8 Mac 1962 di Korea dan memecahkan rekod Guiness Book pada tahap IQ 210. Ketika baru sahaja berumur 4 tahun, beliau sudah boleh membaca bahasa Korea, Jepun, Inggeris dan juga bahasa Jerman. Beliau juga mampu menyelesaikan differential yang rumit dan masalah integral kalkulus. Beliau menjadi seorang pelajar tetamu fizik di Universiti Hanyang dari umur 3 hingga 6 tahun. Pada umur 7 tahun, beliau telah dijemput ke Amerika oleh NASA. Ung Yong akhirnya mendapat Ph.D dalam bidang fizik di Universiti Colorado State sebelum berusia 15 tahun. Orang Korea yang super genius ini mungkin menjadi orang terpandai yang hidup pada masa sekarang.
No comments