Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+ produk terbaru oleh Samsung
Samsung telah melancarkan sebuah lagi peranti baru iaitu Samsung Galaxy Note 10 di New York, Amerika Syarikat.
Telefon pintar itu yang didatangkan dengan dua varian untuk dipilih, sama ada Samsung Galaxy Note 10 atau Samsung Galaxy Note 10+. Ini adalah kali pertama Samsung Galaxy versi Note mengeluarkan dua versi berbeza dengan kelainan saiz untuk pilihan pengguna berdasarkan kesesuaian.
Pihak Samsung juga mengesahkan bahawa tiada lagi bicu audio 3.5mm sebaliknya mempunyai sambungan USB-C tunggal dan terdapat lubang kamera swafoto yang diletakkan di bahagian atas tengah peranti itu.
Tidak seperti semua model Galaxy Note sebelum ini, Samsung juga telah menetapkan tiada lagi bicu fon kepala dari Galaxy Note. Walaubagaimanapun, Note 10 telah diperhebatkan dengan skrin yang lebih besar, lebih banyak kamera, penyimpanan yang lebih besar dan bateri yang tahan lebih lama.
Kedua-dua telefon pintar mempunyai perisian pengimejan lanjutan yang membolehkan ciri-ciri seperti Live Focus Video, yang menambah pelarasan supaya boleh dikaburkan latar belakang untuk memberi tumpuan pada subjek. Sementara itu, fungsi zoom dalam mikrofon membantu menguatkan audio dan mengurangkan bunyi latar belakang untuk membantu fokus pada bunyi yang diinginkan.
Yang paling menarik, Samsung mempertingkatkan keupayaan S Pen pada peranti Galaxy Note 10 sehingga pengguna akan dapat menukar penulisan tangan mereka pada skrin ke teks digital yang kemudiannya boleh dieksport kedalam format yang berbeza seperti Word dan PDF. S Pen juga mempunyai fungsi aksi udara dimana ia mampu melaksanakan tugasan menerusi pergerakan udara mengikut simbol tertentu dan pengguna hanya perlu memegang S Pen tanpa menyentuh peranti.
SAMSUNG GALAXY NOTE 10
Peranti menggunakan pemproses Exynos 9825 yang dipadankan dengan memori (RAM) 8GB dan memiliki storan sehingga 256GB UFS 3.0.
Sesuai dengan namanya, telefon pintar ini didatangkan dengan skrin 6.3 inci Dinamic AMOLED definisi penuh dipertingkatkan dengan tetapan tiga lensa 12MP +16MP + 12MP untuk memberikan kualiti gambar yang baik.
Telefon pintar ini menggunakan bateri sebesar 3,500mAh tetapi tidak mempunyai slot untuk kad mikroSD tambahan.
Samsung Galaxy Note 10 boleh didapati dalam tiga warna berbeza: Aura Glow, Aura Black dan Aura Pink. Telefon pintar ini akan dijual pada harga RM3,699.
SAMSUNG GALAXY NOTE 10+
Peranti menggunakan pemproses Exynos 9825 yang dipadankan dengan memori (RAM) 12GB bersama storan sehingga 512GB. Ia juga dilengkapi dengan pilihan storan microSD yang boleh ditambah sehingga 1TB seperti Note 9.
Ia turut dilengkapi dengan skrin seluas 6.8 inci AMOLED QHD + Dinamik bersama teknologi HDR10+ bagi menghasilkan keupayaan warna serta kualiti paparan yang sangat baik walaupun berada dibawa cahaya yang terang. Ia merupakan skrin yang terbesar bagi kesemua Galaxy Note.
Galaxy Note 10+ menggunakan tetapan tiga lensa bagi kamera utamanya iaitu 12MP lensa lebar + 16MP lensa sudut ultra lebar + 12MP serta keupayaan 3D TOF untuk melakukan imbasan 3 dimensi yang boleh menilai kedalaman dan juga jarak.
Selain itu, peranti menggunakan kapasiti bateri sebesar 4,300mAh untuk menyokong pengecasan wayar super pantas 45W serta pengecasan pantas tanpa wayar 2.0 untuk kemudahan pengguna. Menurut Eric Chou, pengarah produk, Samsung Australia, GalaxY Note 10+ boleh bertahan sepanjang hari dengan kepantasan 30 minit pengecasan menggunakan pengecas 45W.
Ciri baru tambahan untuk Galaxy Note 10+ adalah fungsi 3D yang membolehkan memetakan objek, mencipta gambar versi maya yang realistik. 3D memberikan pergerakan kepada sesiapa yang masuk kedalam bingkai kamera telefon, memadankan apabila mereka berpusing, menari atau melambai.
Samsung Galaxy Note 10+ boleh didapati dalam tiga warna berbeza: Aura Glow, Aura Black dan Aura White. Peranti boleh dimiliki pada harga Rm4,199 bagi model yang mempunyai storan 256GB dan RM 4,799 untuk storan 512GB.
Pra pesanan boleh mula dilakukan bermula hari ini, 8 Ogos 2019 pada pukul 5 petang sehingga 18 Ogos 2019. Peranti akan tersedia pada 23 Ogos 2019.
No comments