Terkini

Facebook menaja experiment AI bacaan minda

Image result for mind reading

Facebook telah mengumumkan kejayaannya dalam rancangannya untuk mencipta peranti yang membolehkan orang untuk menaip dengan hanya berfikir.

Ia telah membiayai satu kajian yang membangunkan mesin pembelajaran algoritma yang dapat mengubah aktiviti otak menjadi percakapan.

Ia berkesan pada pesakit epilepsi yang telah mempunyai  rakaman elektrod yang ditempatkan di otak untuk menilai punca sawan sebelum pembedahan.

Facebook berharap ia akan membuka jalan untuk ‘fully non-invasive, peranti yang boleh dipakai’ yang boleh memproses 100 patah perkataan dalam seminit.

‘MUSCLE TWITCHES’

Para saintis University of California San Francisco meminta pesakit untuk menjawab dengan lantang senarai soalan multiple choice secara rawak.

Algoritma mengenal pasti:

Soalan yang mereka telah ditanya, 75% dari masa itu
Jawapan yang mereka pilih, 61% dari masa itu

“Kebanyakan pendekatan terdahulu telah memberi tumpuan kepada penyahkod suara sahaja,” Prof Eddie Chang berkata, “tetapi disini kami menunjukkan nilai penyahkod kedua-dua belah perbualan – kedua-dua soalan yang seseorang dengar dan apa yang mereka katakan sebagai tindak balas.

“Ini mengukuhkan gerak hati kami bahawa pertuturan bukanlah sesuatu yang berlaku dalam vacuum dan apa-apa percubaan untuk mentafsir apa yang pesakit dengan masalah pertuturan cuba katakan akan diperbaiki dengan mengambil kira konteks penuh dimana mereka cuba untuk berkomunikasi.

“Pada masa ini, sukar untuk pesakit yang mengalami masalah pertuturan kesan kelumpuhan untuk mengeja menggunakan pergerakan mata atau muscle twitches untuk mengawal antaramuka komputer’.

“Tetapi dalam kebanyakan kes, maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan percakapan yang fasih masih didalam otak mereka.

“Kita cuma memerlukan teknologi untuk membolehkan mereka menerjemahkannya”.

‘SAFE PLACE’

Pengkaji David Moses berkata: “ Ianya adalah penting untuk simpan didalam minda yang kita capai ini menggunakan kosa kasa yang terhad – tetapi dalam pembelajaran di masa hadapan kita berharap untuk meningkatkan kefleksibelan dan juga ketepatan dari apa yang kita boleh tafsirkan dari aktiviti otak.”

“Para penyelidik berharap untuk mencapai penyahkod pada masa sebenar dengan kelajuan 100 patah perkataan seminit dengan 1000 kosa kata dan kadar ralat kurang daripada 17%,” tulis Facebook pada blognya.

“Dengan menunjukkan bukti konsep menggunakan elektrod sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk membantu pesakit yang kehilangan upaya pertuturan, kami berharap kerja UCSF akan memaklumkan perkembangan algoritma penyahkod kami dan spesifikasi teknikal yang diperlukan untuk peranti yang fully non-invasive dan boleh dipakai.”

“Dari melihat ke skrin telefon atau komputer riba, kami dapat mengekalkan hubungan mata dan mendapatkan maklumat yang berguna dan konteks tanpa kehilangan rentak.”

Sementara itu, syarikat Elon Musk, Neuralink telah memohon kepada pengawal selia USA untuk mendapatkan kebenaran  bagi mula menguji peranti penggodam otak ciptaan mereka pada manusia.

Sesetengah pihak percaya sudah tiba masa untuk mempertimbangkan etika penyelidikan dan kemungkinan yang ada untuk masa hadapan.

"Bagi saya, otak adalah tempat yang selamat untuk kebebasan berfikir, berfantasi dan berpendapat." Kata pakar neurologi Prof Nita Farahany kepada MIT Review.

Sumber : bbc.com

No comments