Terkini

Cara menyimpan duit



Image result for dont overspend

Anda ada niat nak menyimpan duit tapi rasa susah sebab tak tahu caranya? Terasa perit apabila baru tengah bulan lepas tu tengok duit belanja macam tak cukup je sampai hujung bulan nanti. Menyimpan amat digalakkan kerana ia memudahkan kita dikemudian hari. Duit yang disimpan boleh digunakan untuk sambung belajar, travel, untuk hal kecemasan dan lain-lain lagi berdasarkan matlamat. Boleh dikatakan ramai dikalangan dewasa yang bekerja tidak mempunyai wang simpanan. Dan yang lebih membimbangkan, terdapat lebih kurang ¾ rakyat Malaysia yang tidak mempunyai simpanan kecemasan (Rm1,000).

Salah satu cara yang berkesan untuk menyimpan duit adalah dengan mengurangkan perbelanjaan harian anda. Apabila anda kurang berbelanja lebih banyak duit anda yang tidak terusik dan lebih banyak anda boleh menyimpan.  Terdapat beberapa tip yang boleh digunakan untuk menrealisasikan impian anda untuk menyimpan duit.


1.      Buka akaun simpanan 


Image result for perbezaan akaun simpanan dan simpanan tetap

Buka akaun simpanan di mana-mana bank yang anda suka. Tetapkan untuk menyimpan sebulan dengan jumlah yang anda mampu. Ianya tidak semestinya banyak tetapi anda perlulah konsisten dan tidak culas. Paling bagus sekiranya anda buat sistem potongan automatik dan lupakan anda mempunyai akaun ini. Selepas setengah tahun tengok balik akaun ini dan anda akan berterima kasih kepada diri anda.


2.      Simpan duit baki

Image result for syiling 
Tentu berasa berat untuk menyimpan sejumlah wang terus ke akaun simpanan, terutama pada yang masih belajar, jadi mungkin anda boleh mengamalkan dengan menyimpan duit baki. Apabila anda selesai membeli barang anda boleh menyimpan baki duit syiling terus ke dalam tabung simpanan dirumah. Jangan pula anda menggunakan baki syiling untuk membeli barang yang lain. Jika anda ingin membeli barang lain, gunakan lagi duit kertas agar syiling anda kekal tidak terusik untuk disimpan ke dalam tabung.


3.      Jual baju yang tidak digunakan

Image result for carboot

Adakalanya kita akan tersilap membuat pilihan apabila membeli barang yang tidak diperlukan. Biasanya pakaian cantik yang berjenama ataupun pembelian berdasarkan hobi. Sekiranya pakaian ini tidak dipakai lagi, elokla dijual tanpa membuat sebarang hutang. Jangan malu kerana membeli dan menjual pakaian terpakai adalah perkara biasa yang orang buat pada masa sekarang. Anda boleh mula menjualnya baju yang anda sudah tidak lagi pakai secara dalam talian dan luar talian. Cuma anda perlu pastikan baju tersebut masih lagi dalam keadaan elok dan masih boleh dipakai. Terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan untuk menjual didalam talian seperti Carousell, facebook, shopee dan banyak lagi. Anda juga boleh menjual pakaian melaui carboot sale dan menjualnya di kedai bundle berdekatan anda.


4.      Tidak perlu membeli air yang mahal dalam tiga bulan

Image result for air starbuck

Seperti diketahui umum, sekarang sedang hangat trend air bubble tea. Dari Tealive, Xing Fu Tang, The Alley dan lain-lain lagi. Selain ianya tidak bagus untuk kesihatan anda kerana kandungan gula yang tinggi, harganya juga mahal. Harga bagi sebekas air bubble tea boleh mencapai sehingga berbelas ringgit.  Apa kata anda berhenti minum air mahal ini buat beberapa ketika dan bayangkan berapa banyak anda boleh simpan duit dari sini.


5.      Batalkan kad ahli yang tidak berguna

Ada sesetengah kad ahli yang mendatangkan manfaat kepada anda supaya anda boleh membeli dengan harga murah dan boleh mengumpul point yang boleh memberikan barang percuma. Akan tetapi ada kad ahli yang boleh mendatangkan kerugian jika anda tidak memanfaatkannya seperti kad gim. Anda perlu membayar kad ahli tersebut secara bulanan supaya anda boleh bersenam di gim berkenaan. Anda perlu fikirkan balik sama ada ianya berbaloi atau tidak. Jika tidak, lebih baik anda batalkannya. Terdapat pelbagai lagi cara untuk anda bersenam seperti berlari dengan kawan ditaman, membawa anjing berjalan, atau bercucuk tanam.


6.      Buat perkara yang percuma

Related image

Anda jenis extrovert dan suka apabila dapat luangkan masa bersama kawan diluar tetapi setiap kali keluar pasti akan menghabiskan duit yang banyak. Caranya adalah dengan memberitahu kawan yang anda sedang berjimat. Jadi kawan anda akan sedar dan korang  boleh menghabiskan masa bersama di rumah dari pergi ke pusat membeli belah. Korang masih boleh meluangkan masa bersama dengan memasak bersama, menonton filem di internet, bermain permainan seperti Blocks, Uno, Jutaria dan lain-lain. Dengan ini, korang akan bebas dari rasa serba salah dan boleh menjimatkan duit. 


7.      Potong duit pengangkutan

Image result for save on transportation

Mungkin cuaca di Malaysia tidak sesuai untuk berbasikal tetapi anda boleh menggunakan pengangkutan awam yang lebih murah seperti bas atau lrt berbanding grab. Terutama pada mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Jika anda merupakan seorang pelajar, ini memberikan anda kelebihan kerana anda boleh memohon kad RapidKL yang akan memberi potongan harga kepada anda sebagai seorang pelajar. Rancang perjalanan anda sebaiknya kerana bas dan lrt akan mengambil lebih masa untuk sampai ke destinasi. Jika anda masih perlu menaiki grab, anda bolehlah menggunakannya apabila mereka melakukan promosi atau berkongsi dengan rakan yang lain.
Untuk yang mempunyai kenderaan seperti kereta atau motosikal, manfaatkan kenderaan anda sebaik mungkin. Buat perbandingan antara pengangkutan awam atau kenderaan sendiri lebih mudah dan murah. Harga minyak tidak menentu juga perlu diambil kira. Guna motosikal jika anda akan melalui kawasan jem bagi menjimatkan minyak.


8.      Minta ahli keluarga barang yang mereka tidak gunakan lagi

Mungkin ini kedengaran murah tetapi banyak yang anda boleh jimat dengan berbuat begini. Emak-emak selalunya akan membeli melebihi keperluan. Anda boleh meminta cadar, sarung bantal, towel yang tidak digunakan.


9.     Jangan membeli barang yang berjenama

Ini merupakan suatu trend yang membazir. Pernah dengar tentang pepatah ukur baju dibadan sendiri? Anda perlulah tahu akan kemampuan anda dan jangan sesekali berbelanja melebihi budget anda. Paling baik apabila anda dapat gaji, anda bayar semua komitmen, kemudian simpan terus ke akaun simpanan dan bakinya baru dibuat belanja. Dengan ini anda akan tahu dimana kemampuan anda supaya anda tidak terlebih belanja lagi-lagi pada benda kemahuan yang bukan keperluan.


10.  Kerja tambahan

Image result for walking a dog

Membersihkan rumah, bawa anjing berjalan, mengajar kelas tambahan, menjaga anak orang selama beberapa jam, membelikan barang harian, memotong rumput adalah contoh kerja yang orang selalu malu untuk melakukan tetapi akan membantu anda untuk mendapatkan wang tambahan. Anda perlu menjadi kreatif dengan membantu keluarga, kawan dan jiran dengan kerja yang ringan.
Jika anda berani mengambil risiko dan mahir menggunakan media sosial, anda boleh cuba membuka bisnes dalam talian seperti menjual baju, kasut atau alat perhiasan. Kerja ini juga tidak memerlukan komitmen anda setiap masa.


11.  Beli barang ketika ada promosi atau beli barang terpakai

Jangan malu apabila membeli barang terpakai kerana adakalanya barang terpakai lebih berbaloi dibeli. Cuma anda perlu lebih peka dalam memilih dan basuh dengan bersih selepas membeli. Disamping itu, anda boleh membeli ketika terdapat promosi. Guardian dan Watson selalu membuat promosi untuk barangan kecantikan, Brand Oulet untuk pakaian dan Vincci untuk kasut dan beg tangan. Akan sentiasa ada orang yang kongsi berita promosi-promosi ini di media sosial mereka. Anda Cuma perlu peka. Rancang perbelanjaan anda, beli hanya perlu bukan ikut kemahuan.


12. Catat perbelanjaan

Image result for note all your expenses

Zaman sekarang semua orang pasti mempunyai telefon pintar. Terdapat beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk mencatat perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh mencuba aplikasi Face, Eatigo dan Cashback yang boleh membantu untuk mengurangkan perbelanjaan.
Jika anda terlalu malas nak masukkan maklumat dalam aplikasi tersebut, anda juga boleh menggunakan cara orang dahulu iaitu dengan menggunakan buku nota. Bawa buku nota kecil kemana sahaja anda pergi dan pastikan anda catat segala perbelanjaan anda dari sekecil-kecil jumlah sehingga ke jumlah yang besar. Dengan mencatat perbelanjaan anda akan lebih berhati-hati agar tidak berbelanja melebihi sepatutnya.


13. Beli makanan ditempat yang sama

Bila bercakap tentang makanan terdapat banyak tip yang boleh dikongsikan sebab perbelanjaan makan akan mengambil lebih kurang 40% dari jumlah perbelanjaan bulanan. Ada orang yang akan bagi tip supaya tidak menggunakan lebih dari Rm10 sehari, jangan makan makanan mahal dan sebagainya.
Benda yang boleh dibuat jika ingin berjimat bab makan adalah salah satunya dengan makan ditempat yang sama setiap hari. Mungkin ianya kedengaran bosan tetapi jika betul anda nak berjimat ia adalah pilihan terbaik. Apabila anda makan di tempat yang sama sehingga tuan kedai kenal anda mungkin akan dapat makan dengan harga yang sedikit murah. Rajinkan diri untuk berbual dengan tuan kedai, mereka akan lebih baik dengan anda jika anda baik dengan mereka.
Selain itu, anda boleh juga bungkus makanan untuk makan dirumah. Bezakan kuantiti apabila anda makan dikedai yang cuma sepinggan nasi dengan membungkus makanan kedalam polisterin. Selalunya tuan kedai tidak akan cas tambahan jika anda penuhkan nasi kedalam polisterin. Untuk lauk pula, anda boleh masukkan ke dalam plastik yang lain. Anda juga boleh mendapatkan lebih banyak sayur dengan harga seketul ayam.
Pernah dengar tentang nasi bujang? Ianya masih murah jika nak dibandingkan dengan nasi goreng.


14. Jangan keluar dating/ berpacaran

Tip untuk menyimpan duit ini mungkin akan jadi tip yang kurang disukai ramai orang tetapi tip ini sangat berguna terutama pada mereka yang masih belajar. Setiap kali keluar anda akan makan bersama, tengok wayang dan beli barang.  Purata pengeluaran duit setiap kali anda keluar bersama kekasih anda adalah Rm50. Belum kira jika kekasih anda jenis cerewet ingin makan ditempat yang mahal dan meminta anda untuk membelanja barang berjenama. Jika sebulan lima kali, sepuluh kali anda keluar? Anda congaklah sendiri.
Selain itu, bil telefon juga akan meningkat kerana kerap mesej atau bergayut. Walaupun anda bercakap menggunakan internet tidak bermakna anda tidak perlu tambah nilai bagi membeli plan internet. Jadi jika anda ingin berjimat, jangan keluar datingatau pilih pasangan yang tidak terlalu cerewet.


15.  Pindah rumah

Image result for move home

Cara lain bagi menyimpan duit adalah dengan berpindah rumah. Purata rumah sewa di Kuala Lumpur pada masa sekarang dalam lingkungan Rm 1,000 keatas. Dengan menyewa bilik yang lebih kecil akan dapat membantu anda menyimpan lebih sedikit setiap bulan. Keduanya, jika rumah ibubapa anda dekat, anda mungkin boleh berpindah semula ke rumah mereka. Sesetengah ibubapa akan lebih gembira apabila anak-anak dapat duduk bersama dengan mereka.


16. Manfaatkan kad pelajar

Jika anda merupakan seorang pelajar, lagi senang untuk anda menyimpan duit kerana anda masih tiada komitmen kereta, rumah dan lain-lain. Tambahan lagi, terdapat pelbagai keistimewaan yang anda boleh perolehi. Dari pengangkutan awam sehingga ke tempat makan. Sesetengah tempat akan memberikan harga istimewa untuk mereka yang mempunyai kad pelajar sebagai contoh RapidKL (Bus, BRT, LRT, Monorail, MRT), Apple, Microsoft, Sunway Lagoon, TGV, MBO, GSC, The Chicken Rice Shop dan lain-lain lagi. Rajinkan diri  untuk membuat sedikit kajian demi keuntungan anda.


17. Jangan merokok atau vape

Image result for no smoking

Umum mengetahui merokok sentiasa memberikan kesan yang negatif sama ada dari segi kesihatan mahupun kewangan. Rokok juga boleh merisikokan si perokok dan orang disekelilingnya. Lebih baik anda simpan duit yang anda terfikir untuk digunakan membeli rokok/vape. Awal tahun ini telah tersebar berita tentang lelaki di Taiwan yang mampu menyimpan Rm8,000 setelah nekad untuk berhenti rokok.


18. Sediakan tabung duit seragam

Image result for tabung duit seragam

Tip yang terakhir adalah dengan menyediakan tabung duit seragam. Cara ini memerlukan semangat yang kuat dan perlu paksa diri tetapi apabila sudah terbiasa, anda akan jadi lebih berdisiplin. Caranya dengan memasukkan jumlah tertentu kedalam tabung. Seperti contoh anda tidak boleh guna note Rm10 langsung. Jika anda dapat Rm10 dari bank atau pecahan duit ketika membeli barang, anda mestilah memasukkan duit tersebut kedalam tabung. Jumlah yang dimasukkan adalah mengikut kemampuan anda. Jika anda mampu bolehlah membuat tabung Rm100 namun jika tidak mampu boleh la mula dengan nilai yang lebih kecil. Apabila anda pecahkan tabung itu untuk melihat hasilnya selepas beberapa bulan pasti anda akan tidak kisah untuk melakukannya kembali.



No comments