Terkini

Antilia - Rumah termahal didunia



Step inside the 10 most expensive homes in the world

Rumah ialah tempat tinggal atau kediaman bagi manusia dan ianya menjadi keperluan asas yang utama kepada setiap keluarga. Fungsi rumah kepada manusia ialah untuk memberi perlindungan, mewujudkan kemesraan dan keselesaan, tempat berkumpul ahli keluarga dan lain-lain lagi.

Setiap rumah mempunyai ciri yang berbeza dari segi lokasi, reka bentuk, binaan rumah dan ruangan penting di dalam rumah. Bagi sesetengah orang, saiz rumah bukanlah perkara yang terpenting tetapi keselamatan dan keselesaan.

Namun lain bagi mereka yang tersenarai sebagai antara orang kaya di dunia, rumah merupakan tempat dimana mereka boleh menghabiskan banyak duit untuk mempamerkan kekayaan dan mencipta kemewahan yang tidak dapat dibayangkan.

Pernahkah anda terfikir siapakah yang mempunyai rumah termahal didunia dan bagaimanakah rupa bentuk rumah itu? Rumah persendirian yang termahal didunia dimiliki oleh Mukesh Ambani, yang terletak di Jalan Altamount Mumbai Selatan, dianggarkan menjadi hartanah kedua paling mahal di dunia selepas Istana Buckingham. Rumah agam mewah itu dilaporkan bernilai kira-kira $1-2 bilion.

Mukesh Ambani Antilia Mumb South Mumbai expensive

Dengan nilai bersih yang dianggarkan kira-kira $49 bilion, Mukesh Ambani, Pengerusi Reliance Industries merupakan orang terkaya di India pada tahun 2018. Beliau juga turut disenaraikan sebagai salah seorang yang terkaya di dunia.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa rumah Mukesh Ambani, Antilia telah mencapai status ikonik di India dan dunia:

Antilia-Mumbai-Mukesh-Ambani-2-billion-6

Rumah agam yang dikenali dengan nama Antilia ini mendapat nama daripada pulau mitos di Lautan Atlantik. Bangunan setinggi 550 kaki dan seluas 400,000 kaki persegi terletak disalah satu alamat paling mahal di dunia - Altamount Road, Cumballa Hill di Mumbai Selatan, India. Antilia dianggap menjadi rumah persendirian yang tertinggi didunia bagi sesetengah orang. Mengikut trend hartanah, satu kaki persegi dari mana-mana hartanah di Jalan Altamount bernilai diantara Rs 80,000 hingga Rs 85,000 (+- Rm 5,000). 

Mukesh Ambani Antilia Mumbai South Mumbai expensive

Keseluruhan bangunan ini memakan masa selama lebih empat tahun untuk siap. Untuk mengelakkan pengulangan unsur-unsur seni bina, tidak ada dua tingkat yang sama dalam pelan binaan atau bahan binaan. Struktur keseluruhannya adalah berdasarkan Vaastu, falsafah seni bina India yang sama dengan tradisi Feng Shui Cina. Tingkat paling atas Antilia menyajikan pemandangan panorama Laut Arab.


Antilia direka oleh arkitek yang berpengkalan di Chicago, Perkins and Will dengan kerjasama syarikat pembinaan yang berpengkalan di Australia, Leighton Holdings yang mana bertanggungjawab terhadap pembinaannya. Bangunan ini dibina dengan 27 tingkat dengan siling yang lebih tinggi. Ketinggian bagi setiap tingkat adalah sama seperti dua tingkat. Oleh kerana itu, Antilia dapat bertahan dengan gempa bumi pada 8 skala Richter.


Reka bentuk seni bina Antilia telah dibuat disepanjang garis teratai dan matahari. Tingkat enam bangunan teratas adalah sebagai kawasan kediaman peribadi. Rumah agam ini dilengkapi dengan kuil mega, tiga helipad, beberapa kolam renang, studio tarian, pelbagai suite tetamu, salon dan teater filem yang boleh menampung seramai 50 orang. Disebabkan ini, Antilia memerlukan seramai 600 pekerja bagi memastikan bangunan ini kekal terutus.

Antilia-Mumbai-Mukesh-Ambani-2-billion-4

Mukesh Ambani mempunyai minat yang besar terhadap kelajuan. Tidak hairanlah bahawa Antilia mempunyai enam tingkat khusus untuk kereta, termasuklah Rs 5 crore Maybachnya. Malah, ruang garaj boleh memuatkan sehingga 168 buah kereta. Rumah agam ini turut mempunyai stesen perkhidmatan kereta di tingkat ketujuh. Bercakap tentang kelajuan, Antilia juga mempunyai 9 lif berkelajuan tinggi yang masing-masing ditugaskan ke tingkat yang berbeza.


Musim panas di Mumbai bukanlah suatu yang menyeronokkan tetapi bagi Mukesh Ambani dan keluarganya, ianya bukanlah masalah kerana mereka mempunyai bilik bersalji dimana dinding bilik ini akan mengeluarkan salji buatan manusia.


Namun, disebalik kemewahan rumah agam ini, ada yang mengatakan bahawa walaupun sesetengah orang India berbangga dengan rumah itu,  orang lain melihatnya sebagai memalukan kerana masih ramai kanak-kanak yang kelaparan dinegara itu. Dipankar Gupta, seorang ahli sosiologi di University Jawaharlal Nehru, New Delhi, berpendapat bahawa “kekayaan tidak dapat dapat difahami, bukan sahaja di Mumbai, ‘rumah kepada beberapa kawasan paling gelap di Asia’, tetapi juga di negara yang mempunyai 42% kanak-kanak berumur kurang dari lima tahun yang kurang berat badan didunia.”

Bekas Pengerusi Tata Group, Ratan Tata berkata, Antilia adalah contoh kekurangan empati orang India yang kaya. Tata menambah, “orang yang  tinggal disana perlu mengambil berat tentang apa yang dilihat disekelilingnya dan meminta untuk membuat perubahan. Jika dia tidak membuat perubahan, maka ini menyedihkan kerana negara ini memerlukan orang untuk memperuntukkan sedikit kekayaan mereka untuk mencari jalan bagi meringankan kesusahan orang ramai.”


No comments