Adab apabila melancong ke negara orang
Percutian ke luar negara adalah sesuatu yang diidamkan oleh kebanyakan orang. Jika anda mengembara, salah satu perkara yang anda perlu ketahui adalah setiap negara mempunyai peraturan atau budaya yang perlu kita hormati. Apa yang dianggap normal di negara anda, mungkin dianggap tidak sopan bahkan menyinggung perasaan mereka. Seperti kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Sebaiknya anda selidik mengenai negara yang bakal anda lawati.
TURKI
- Jangan membuat tanda okay menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Mungkin bagi negara lain ia dianggap sebagai tanda baik atau normal tetapi tidak di Turki. Perlakuan ini dianggap sebagai sesuatu yang lucah.
- Jangan minum arak terlampau banyak. Ianya dianggap tidak sopan untuk mabuk ditempat awam.
- Jangan menghembus hingus atau mencungkil gigi di tempat awal lebih lagi di restoran atau kafe. Ianya dianggap sebagai kurang sopan.
PERANCIS
- Jangan berharap mereka akan bertutur dakam bahasa Inggeris lebih-lebih lagi orang tua disana. Mereka hanya tahu sedikit atau mungkin tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Sistem pendidikan Perancis sangat teruk dalam pembelajaran bahasa asing.
- Jangan bercakap mengenai wang. Ia adalah satu pantang larang dari orang tua-tua dinegara itu bahawa perbualan mengenai wang adalah topik yang ‘kotor’.
KOREA
- Perlu menggunakan dua tangan apabila memberi wang. Apabila ingin memberi sesuatu barang ke orang lain, terutamanya duit, orang Korea akan menyerahkannya dengan kedua tangan. Ini adalah sebagai tanda hormat.
JEPUN
- Jangan memberikan tip. Berbeza dengan kebanyakan negara barat, memberikan tip bukanlah sebahagian dari adat mereka. Walaupun anda meninggalkan duit syiling, mereka akan mencari anda untuk memulangkan kembali duit tersebut.
- Berdirilah disebelah yang betul ketika menaiki eskalator. Jika di Tokyo, anda perlu berdiri di sebelah kiri manakala di Osaka pula anda perlu berdiri di sebelah kanan. Jika anda masih berasa ragu, cuma ikut sahaja apa yang penduduk tempatan lakukan.
AMERIKA
- Berlawanan dengan Jepun dimana anda tidak boleh meninggalkan tip, di Amerika atau dikenali dengan negara Uncle Sam ini, anda jangan lupa untuk meninggalkan tip.
NORWAY
- Jangan mengharap pada formal. Kebanyakan mereka akan bercakap secara tidak formal dan memanggil sesama mereka dengan nama pertama.
- Jangan renung orang yang berbogel. Di Norway, ianya adalah normal untuk mereka menukar pakaian di tempat awam seperti dipantai-pantai tanpa menutup badan mereka tetapi itu anda tidak dibenarkan untuk melihat atau merenung.
- Jangan menyoal mereka mengenai gereja kerana kebanyakan daripada mereka tidak pergi ke gereja. Jika anda bertanya, mereka akan menganggap anda biadap, pelik dan menggangu.
Chile
- Jangan makan apa-apa menggunakan tangan. Ini amat bertentangan dengan adab dan budaya di Malaysia namun di Chile, biarpun hanyalah kentang goreng, anda perlu menggunakan pisau dan garfu.
SINGAPURA
- Terdapat banyak perkara yang kadang kala dilakukan di negara sendiri tetapi akan menyebabkan anda disaman di Singapura seperti memberi makan kepada burung, meludah, kencing, makan dan minum dalam kenderaan awam, membuang sampah mereta-rata, merokok di tempat awam dan banyak lagi.
INDIA
- Jangan bercium di tempat awam. Dengan melakukan perkara ini, anda mungkin akan dimasukkan ke penjara. Selain itu, anda dilarang memegang berlainan jantina di tempat awam.
- Jangan menggunakan tangan kiri. Mesti selalu menggunakan tangan kanan untuk bersalam, menukar duit atau mengambil barang.
- Jangan menggunakan tangan kiri. Mesti selalu menggunakan tangan kanan untuk bersalam, menukar duit atau mengambil barang.
RUSIA
- Jangan memberikan bunga dalam bilangan yang genap. Orang Rusia hanya akan memberikan bunga dalam bilangan yang genap apabila menghadiri pengebumian atau ada kematian sahaja. Jika anda ingin memberikan bunga pada seseorang, berikan dalam jumlah yang ganjil.
- Jangan bergantung kepada kad kredit. Tukar duit secukupnya kerana kebanyakan tempat di Rusia hanya menerima tunai.
JERMAN
- Jangan bawa simbol Nazi bersama anda dan jangan lakukan tabik hormat Nazi walaupun hanya untuk bergurau. Ia merupakan satu jenayah dan anda mungkin mungkin ditangkap. Setiap tahun terdapat pelancong yang ditangkap atas kesalahan ini.
- Jangan ucap selamat ulangtahun kelahiran sebelum sampai waktunya. Mereka beranggapan sesuatu yang buruk akan berlaku dan mungkin kematian.
- Jangan meletakkan tangan didalam poket ketika bercakap. Perlakuan ini dianggap sangat biadap. Anda juga perlu meletakkan tangan di atas meja ketika makan dan bukan di atas peha.
- Jangan merenung orang. Ini kedengaran normal bagi semua tetapi jika anda merenung orang di Jerman, anda akan dianggap sebagai tidak berpelajaran atau sakit jiwa.
KENYA
- Banyakkan bersabar mengenai masa. Hampir kesemua urusan tidak menepati masa kecuali waktu bank ditutup. Ianya perkara yang biasa dimana semua urusan akan lewat jadi jangan marah dan banyakkan bersabar.
- Jangan panggil seseorang menggunakan nama pertama. Kecuali mereka memperkenalkan diri mereka menggunakan nama pertama, barulah anda boleh menggunakannya. Jika anda tidak mengetahui nama seseorang, boleh panggil dengan panggilan encik atau cik.
- Anda perlulah hormat semua agama. Hampir semua rakyat Kenya mempunyai agama. Pengaruh Atheis masih tidak meluas di sana, jadi anda perlu menghormati dan tidak merendahkan sesuatu agama.
CROATIA
- Jangan menunjukkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah dalam masa yang sama. Ianya dikenali sebagai tabik hormat tiga jari oleh orang Serbia. Dengan melakukan perbuatan ini, orang Croatia mungkin akan tersalah anggap anda adalah nasionalis dari Serbia. Ia boleh memberikan anda masalah besar disana.
NEW ZEALAND
- Jangan terkeliru antara orang Australia dengan ‘kiwi’. Mereka tidak menyukainya dan akan terus menegur anda. Ini adalah kerana ramai yang salah anggap mereka adalah sama dengan orang Australia.
- Jangan sesekali bergurau mengenai ragbi, Lord of The Rings atau Ratu England. Bagi anda All Blacks adalah sebuah pasukan ragbi biasa tapi tidak pada mereka. Hakka pula adalah sebuah laungan yang dilaung sebelum menghadapi perang. Jadi jangan sesekali bergurau mengenainya.
- Jangan terkejut jika anda berjumpa dengan ramai orang yang berkaki ayam.
UNITED KINGDOM
- Jangan tanya jumlah gaji seseorang. Ia dianggap sangat biadap. Jika anda teringin tahu gaji seseorang, cuba bertanyakan mengenai profesion mereka, tempat tinggal, kemana mereka bercuti. Anda mungkin akan dapat meneka gaji mereka.
- Jangan mengajak sebarangan orang untuk datang kerumah. Anda hanya perlu jemput mereka yang rapat dengan anda sahaja.
- Jangan memotong barisan. Nampak seperti ianya adalah kesalahan yang kecil tetapi mereka akan menilai anda.
MEXICO
- Jangan merendahkan orang dan jangan berkata negara anda lebih bagus. Sama seperti negara lain tiada yang suka apabila direndahkan.
- Jangan mudah terasa. Orang mexico mempunyai sense of humour yang tinggi. Mereka mengejek, mencaci mencemuh ketika bergurau dan tiada yang dianggap melampaui batas bagi mereka. Sangat pelik apabila mereka tidak suka direndahkan namun mereka yang merendahkan orang lain.
- Cuba belajar benda baru. Orang tempatan akan menghargai kesungguhan anda untuk bertutur didalam bahasa mereka dan mencuba tradisi mereka.
IRELAND
- Jangan cuba tiru loghat Irish. Bagi mereka tiada istilah ‘Irish accent’ dan mereka mengenali dan membahagikan loghat bergantung kepada wilayah asal mereka.
- Jangan panggil UK sebagai tanah besar (mainland). Bagi mereka, Perancis adalah tanah besar.
- Jangan jadi murah. Jika seseorang menawarkan anda minum, lebih baik untuk mengatakan anda tidak mempunyai wang dan ingin membayar sendiri minuman anda. Jika anda menerima pelawaan mereka, mereka akan mengharapkan anda untuk membayar pada lepak yang seterusnya.
CHINA
- Jangan memberikan jam atau payung sebagai hadiah. Dengan memberikan jam sebagai hadiah disebut songhzong dimana berbunyi seakan songzhong bermakna memberikan penghormatan terakhir. Disamping itu, jam juga simbol sebagai kehabisan masa terutama kepada orang tua. Manakala, payung pula sosan dimana berbunyi seakan songsan bermakna perpisahan.
THAILAND
- Jangan hina raja mereka atau anda ingin ‘menginap’ di penjara. Seorang lelaki Thai pernah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana menyebarkan klip video yang dianggap menghina monarki.
- Jangan hina raja mereka atau anda ingin ‘menginap’ di penjara. Seorang lelaki Thai pernah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana menyebarkan klip video yang dianggap menghina monarki.
MALAYSIA
- Jangan memegang kepala orang lain. Jangan berbuat begitu kerana ianya dianggap anggota yang paling suci pada badan manusia
No comments