Terkini

Versi terbaru Firefox akan memberi amaran jika kata laluan anda dicuri



Selepas kematian Fernando Corbato, seorang pencipta kata laluan, persoalan tentang keselamatan akaun dalam talian menjadi semakin meningkat.

Mozilla Firefox semestinya mengambil berat akan hal ini. Ini dapat dilihat apabila mereka mengeluarkan langganan istimewa yang membolehkan anda untuk mendapatkan lebih privasi.

Pasukan Mozilla secara beransur-ansur menggabungkan perkhidmatan Firefox Monitor independent  ke dalam Firefox yang akan memberitahu anda apabila kata laluan anda telah dipalsukan atau dicuri.

Perkhidmatan itu akan menyenaraikan setiap alamat email yang melanggar data, dan akan ping pengguna jika alamat email ditemukan dalam pemusnah. Idea  ini adalah untuk memberikan amaran apabila sesuatu perkhidmatan atau laman yang dilawati menggunakan browser yang baru menjadi sasaran perlanggaran data.

Perkhidmatan ini akan damasukkan ke dalam Firefox 70 (versi semasa adalah 68), dan sebenarnya ia merupakan pelaksanaan database Have I Been Pwned, yang dimana Mozilla sedang bekerjasama.

Projek Mozilla Foundation ini bukanlah baru, tetapi ianya adalah satu permulaan yang baik untuk mewujudkan keselamatan yang lebih terjamin untuk pengguna.  Firefox 70 ini akan dikeluarkan pada bulan Oktober 2019.

Sumber : www.stuff.tv

No comments