Terkini

Senarai negara yang dibenarkan mengundi seawal 16 tahun


Had umur mengundi adalah umur minimum yang perlu dicapai oleh seseorang seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang bagi melayakkan mereka untuk mengundi dalam pilihanraya.
Had umur mengundi yang biasa diguna pakai oleh kebanyakan negara ialah 18 tahun. Walaubagaimanapun, had umur mengundi serendah 16 tahun telah wujud dan dibawah adalah beberapa negara yang mengamalkannya.


1. AUSTRIA

Flag of Austria.svg

Had umur mengundi telah dikurangkan di Austria dari 19 tahun ke 18 tahun pada 1992. Pada masa itu, Green Party telah mencadangkan had umur mengundi diturunkan pada 16 tahun tetapi telah ditolak.

Kemudian selepas tahun 2000, had umur mengundi  untuk pemilihan perbandaran dibeberapa buah negeri telah diturunkan. Tiga negeri telah membuat pengurangan had umur mengundi pada 2003 (Burgenland, Carinthia dan Styria), pada May 2003 Vienna menjadi negeri keempat. Salzburg mengikut kemudian dan pada 2005 menjadikan sebanyak lima dari sembilan negeri telah menetapkan had umur 16 tahun untuk boleh mengundi.

Selepas pilihanraya tahun 2006, gabungan SPÖ-ÖVP yang menang telah mengumumkan pada 12 Januari 2007 bahawa salah satu dasarnya adalah pengurangan had umur mengundi kepada 16 tahun bagi semua negeri dan peringkat di Austria.

Secara rasminya pada 2007, Austria menjadi ahli pertama Kesatuan Eropah yang mengamalkan had umur 16 tahun untuk mengundi.


2. BRAZIL

Flag of Brazil.svg

Brazil telah mengurangkan had umur mengundi dari 18 tahun ke 16 tahun didalam Perlembagaan 1988. Pemilihan presiden pada 1989 menjadi pemilihan yang pertama  bagi pengundi berumur 16 tahun.


3. MALTA

Flag of Malta.svg

Pada 20 November 2013, Malta telah menurunkan had umur mengundi dari 18 tahun ke 16 tahun bagi pilihanraya tempatan bermula pada 2015. Perkara itu telah mendapat banyak sokongan dari kedua kerajaan dan pembangkang, sainstis sosial dan pertubuhan remaja.

Pada Isnin, 29 Januari 2018, Parlimen Maltese telah berdebat untuk menurunkan had umur mengundi bagi kesemua pilihanraya dan pemilihan Parlimen Eropah.

Pada Isnin, 5 March 2018, Parlimen Maltese telah bersetuju sebulat suara untuk mengubah perlembangaan, mengurangkan had umur mengundi dari 18 tahun ke 16 tahun sekaligus menjadikan Malta sebagai negara kedua didalam EU yang mengurangkan had umur mengundi kepada 16 tahun.


4. SCOTLAND

Flag of Scotland.svg

Persidangan Parti Kebangsaan Scotland mengundi sebulat suara pada 27 Oktober 2007 untuk dasar pengurangan had umur mengundi kepada 16 tahun.

Pada September 2011, diumumkan bahawa had umur mengundi mungkin dikurangkan dari 18 tahun ke 16 tahun untuk referendum kemerdekaan Scotland. Ini telah diluluskan oleh Parlimen Scotland pada Jun 2013.

Pada Jun 2015, Parlimen Scotland telah mengundi sebulat suara untuk mengurangkan had umur megundi kepada 16 tahun untuk pilihanraya bagi Parlimen Scotland dan untuk pemilihan kerajaan tempatan Scotland.


5. CUBA

Flag of Cuba.svg

Sesiapa yang sudah mencapai umur 16 tahun selain mereka yang tidak berupaya mental, dipenjara atau dilucutkan hak politik mereka dibenarkan untuk mengundi dan boleh dicalonkan dipilihanraya.


6. ECUADOR

Flag of Ecuador.svg

Di Ecuador, pengundian wajib bagi warganegara berusia antara 18 tahun hingga 65 tahun. Ini bermakna semua warganegara Ecuador dalam linkungan umur itu dikehendaki mengundi atau menghadapi hukuman. Namun, mereka yang berumur 16 tahun dibenarkan mengundi, dan penyertaan sivik adalah sukarela sebelum berumur 18 tahun.


7. ARGENTINA

Flag of Argentina.svg

Presiden Christina Fernandez telah dikaitkan dengan had umur mengundi dan peluang kemenangan parti beliau dalam pilihanraya 2013.

Penyokong partinya mengatakan ia akan meluaskan penyertaan politik. Pada akhirnya, rang undang-undang telah diluluskan di Senat. Had umur mengundi telah diturunkan.

Mereka yang berusia 16 tahun ke 17 tahun diberi pilihan untuk mengundi tetapi menjadi wajib selepas umur 18 tahun. Lebih dari satu juta kanak-kanak yang berusia 16 dan 17 tahun mendapat hak untuk mengundi.


8. NICARAGUA

Flag of Nicaragua.svg

Nicaragua telah menukar had umur mengundi dari 21 tahun ke 16 tahun pada November 1984.


9. ISLE OF MAN

Flag of the Isle of Mann.svg

Remaja di Isle of Man dapat mengundi pada umur 16 tahun pada 2006 selepas para menteri bersetuju dengan perubahan pada peraturan di House of Keys. Dengan 19 undian memihak kepada pindaan kepada Rang Undang-Undang Pendaftaran Pemilih, yang dicadangkan oleh bekas Menteri Pelajaran Steve Rodan. Kira-kira 2,000 kanak-kanak berusia 16 dan 17 tahun kini dapat mengundi dalam pilihanraya untuk Parlimen Manx.


10. GUERNSEY

Flag of Guernsey.svg

Guernsey adalah sebuah negara dimana parti politik tidak memainkan peranan penting. Pulau-pulau di Guernsey turut mengundi pegawai Paroki mereka. Pengundi layak untuk mengundi di Guernsey jika mereka:

- 15 tahun atau lebih ( dapat mengundi dari umur 16 tahun)
- Telah bermastautin di Guernsey selama 5 tahun (dengan atau tanpa rehat) atau 2 tahun berturut-          turut
- Tidak tertakluk kepada kepada legal disability


11. JERSEY

Flag of Jersey.svg

Jersey bukan sebahagian dari United Kingdom dan mempunyai identiti antarabangsa yang berasingan dari UK tetapi UK bertanggungjawab berpelembagaan untuk mempertahankan Jersey.

Jersey telah menetapkan had umur mengundi ke 16 tahun pada 1 April 2008 pada Pemilihan Awam.

No comments