Terkini

Sanggupkah anda berbelanja lebih untuk haiwan kesayangan anda?

AI-powered tech untuk haiwan peliharaan anda?

Pada zaman sekarang, segala-galanya semakin pintar, dari telefon hinggalah ke microwave anda. Jadi mengapa tidak pada barang haiwan peliharaan anda juga?

Dalam kebelakangan ini, pasaran bagi teknologi haiwan peliharaan menjadi semakin popular. Bukan sahaja anda boleh mencari mainan AI untuk kucing atau anjing anda, tetapi anda juga boleh mencari kamera bagi membolehkan anda berkomunikasi dengan haiwan peliharaan anda semasa anda jauh. Berikut adalah antara alat pintar yang boleh didapati dipasaran untuk haiwan kesayangan anda.


Mookkie

mookkie, a smart pet bowl that recognizes your cat before giving it dinner

Mookkie adalah bekas yang direka untuk pelbagai haiwan peliharaan dirumah menggunakan teknologi Volta Artificial Intelligence. Mangkuk yang mempunyai panel lutsinar untuk menutupi makanan dilengkapi dengan kamera yang berkuasa dengan sistem pengenalan visual bagi mengenali haiwan sendiri; apabila Mookkie melihat haiwan peliharaan yang telah diiktiraf, panel lutsinar akan dibuka. Dengan AI powered bowl yang mengawal akses untuk makan malam, mana-mana pencuri makanan akan terpaksa berundur.

Mookkie akan dijual pada harga harga USD 189 (RM 778) apabila ia dilancarkan pada bulan September.


Petrics Smart Pet Bed

Petrics Smart Pet Bed adalah katil kawalan iklim yang dilengkapi dengan skala bagi mengesan turun naik berat haiwan peliharaan. Menggunakan aplikasi pelengkap, pengguna boleh memanaskan atau menyejukkan kusyen dengan tetapan yang boleh mengikut lokasi geografi, jenis baka dan jenis haiwan peliharaan.

Petrics Smart Pet Bed dijangka akan mula berada dipasaran akhir tahun ini.


Petcube Play and Bites 2

Petcube 2

Petcube menawarkan dua jenis kamera pintar : satu untuk anjing dan satu untuk kucing. Generasi terbaru bagi kedua-dua jenis disatukan dengan Amazon’s Alexa. Selain dapat bermain dengan kucing anda menggunakan mainan laser yang dibina sekali atau melemparkan makanan kepada anak anjing dengan pelancar makanan, anda dapat memainkan muzik, dapat mengemaskini alat dan memesan makanan.

Kedua-dua Play 2 dan Bites 2 boleh didapati pada harga USD  199.


Varram Pet Fitness Robot

Varram Pet Fitness Robot adalah mainan yang boleh dikuasai dan dikawal dengan menggunakan telefon pintar. Alat ini boleh berguling semasa ketiadaan anda bagi memastikan haiwan peliharaan anda kekal aktif sepanjang hari. Menggunakan telefon pintar, anda juga boleh menyediakan makanan, menjejaki aktiviti haiwan peliharaan dan menetapkan jadual senaman.

Varram Pet Fitness Robot tersedia dengan harga USD 149.


Furbo Pet Camera

Furbo mempunyai kamera paparan langsung dan audio dua hala supaya anda dapat melihat dan mendengar haiwan peliharaan anda, serta berkomunikasi dengan mereka melalui skrin kecil pada kamera. Anda juga boleh merakan video dan mengambil gambar terus dari aplikasi supaya anda tidak terlepas saat yang menarik. Anda akan dimaklumkan jika Furbo mendengar anjing anda menyalak.

Furbo Pet Camera sedia dijual pada harga USD 199 (RM 808).


PetBit

PetBit adalah alat pengesan kalis air yang boleh dilekatkan pada kolar anjing dan dilengkapi dengan GPS dan Narrowband IoT, untuk mengesan lokasi anjing anda. Aplikasi PetBit ini juga  mengandungi data berguna seperti pembakaran kalori, jaran dan masa berjalan. Anda juga tidak perlu risau akan kehilangan haiwan peliharaan anda kerana alat ini dilengkapi dengan QR code dimana sesiapa boleh mengimbas untuk mendapatkan butiran pemiliknya haiwan tersebut.

PetBid ini boleh menjadi milik anda pada harga USD30 (RM 122).


Pet Care monitor

The cat litter for the "Pet Care Monitor" IoT-based service, which monitors the frequency of cat urination, etc, and products related to the service

Pet Care Monitor adalah barangan Sharp yang boleh mengesan berat, jumlah air kencing, kekerapan, dan masa yang dihabiskan ditandas kemudian menyediakan data menggunakan AI.

Pet Care Monitor boleh dilanggan pada yuran bulanan kurang dari USD 3 (rm 12), akan menerima apa-apa kelainan dalam tabiat kucing anda ditandas. Mulai 31 Julai, ianya akan tersedia dengan pembelian pada harga USD 226 (RM 918).


PetKit Eversweet Water Fountain

Pet Eversweet Water Fountain yang memenangi anugerah bagi air pancut mewah ini menggalakkan penghidratan yang lebih sihat dengan menyediakan air yang bersih. Air pancut yang ditapis hanya perlu diisi semula sekali atau dua kali seminggu.

Petkid Eversweet Water Fountain dijual pada harga USD 399 (RM 1,621).


Petkit Cozy

PETKIT COZY Smart Cool + Warm Pet House

Petkit Cozy rumah yang pintar dan bergaya untuk kucing anda. Ia dilengkapi dengan kelembapan dan sensor suhu untuk memantau suhu ambien untuk kesihatan dan keselesaan yang optimum.

Petkit Cozy boleh didapati pada harga USD 175 (RM 711).

No comments