Terkini

Rahsia disebalik pendaratan Neil Armstrong ke bulan yang mungkin anda tidak pernah tahu



Tahun ni merupakan ulangtahun tahun ke-50 bagi pendaratan manusia pertama ke bulan. Ianya merupakan satu kebanggaan tetapi banyak cerita yang menjadi rahsia disebalik pendaratan itu dan masih ramai yang tidak mengetahuinya.

Berikut merupakan antara rahsia berkisarkan tentang program Apollo ke bulan.


11. Terdapat perancangan untuk meninggalkan angkasawan-angkasawan itu dibulan.

Presiden Nixon telah disediakan ucapan bagi misi Apollo 11 itu yang bertajuk ‘Dalam Peristiwa Bencana Bulan’ untuk dibacakan di televisyen sekiranya angkasawan-angkasawan terkandas dibulan.
Mengikut rancangan asal, Mission Control akan berhenti dari berkomunikasi dengan para angkasawan. Presiden akan menghubungi balu-balu dan membuat ucapan:

“Nasib telah menetapkan bahawa mereka yang pergi kebulan akan meneroka secara aman dan akan tinggal berehat dibulan dengan aman.

Angkasawan Neil Armstrong dan Edwin Aldrin tidak tahu bahawa tiada harapan untuk pemulihan mereka. Tetapi mereka juga tahu yang masih ada harapan untuk umat manusia didalam pengorbanan mereka.


10. Bulan mempunyai bau

Jack Schmitt, lelaki terakhir yang pernah berjalan dibulan sebagai sebahagian daripada misi Apollo 17 melaporkan bahawa mereka dapat menghidu bau spent gunpowder.

Sejak itu ianya disimpulkan bau ini disebabkan oleh membran hidung angkasawan yang bertindak balas terhadap habuk bulan yang berkuasa elektrik yang sangat tinggi – ianya sesuatu yang dipersetujui oleh Schmitt sebagai sainstis yang terlatih.


9. Ia menjadi isu perkauman

Isu kaum dan kelas merupakan topik yang saling berkaitan di Amerika pada tahun 60an dan 70an, terutamanya apabila berkaitan dengan motivasi dan kebimbangan pergerakan hak sivil.

Dua tahun selepas permbunuhan Dr Martin Luther King pada tahun 1968 dan pendaratan bulan 1969, penyajak dan aktivis Gil Scott-Heron mengeluarkan respon terhadap tuntutan terkenal Armstrong bahawa misi Apollo 11 menandakan ia sebagai lompatan gergasi untuk umat manusia dengan puisi visceral mengenai kesusahan ekonomi rakyat biasa, terutamanya orang kulit hitam.

Kemudahan insuran kesihatan masih menjadi perdebatan politik di Amerika selama 50 tahun.


8. kru terpaksa menandatangani pengisytiharan kastam ketika kembali ke Amerika

Tidak ada apa yang dapat melepasi kastam Amerika. Para agkasawan perlu mengisytiharkan sampel batu bulan dan habuk-habuk bulan yang mereka ambil.

Sebenarnya, mereka tidak perlu berbuat begitu. Pegawai NASA telah menyatakan bahawa ia adalah gurauan antara agensi-agensi itu, tetapi pengisytiharan adalah sahih dan telah dibuat sejurus kru-kru tiba di tengah Lautan Pasifik.


7. Bendera tidak disengajakan tercabut

Ketika Eagle Lander menaik dari permukaan bulan, ekzos dari enjinnya telah menyebabkan bendera Amerika tercabut.

Semua misi Apollo berikutnya telah menanam bendera lebih jauh dari tempat pendaratan.

Bertentangan dengan cadangan bahawa angin matahari akan membantu bendera untuk tegak dan berkibar, sebenarnya tiang bendera telah dipenuhi dengan batang bendera kecil yang boleh dipanjangkan agar membantu mengekalkan bentuknya.

50 Years Later: The pen that saved Apollo 11


6. Armstrong merosakkan suis ke pemutus litar dan Aldrin menggunakan pen untuk menyelamatkan mereka

Apabila Armstrong dan Aldrin kembali ke modul bulan, Armstrong tidak sengaja terlanggar suis pemutus litar dengan sistem sokongan hidup didalam beg sandang dalam ransel pakaiannya.

Suiz adalah penting untuk mengaktifkan modul pendakian enjin yang akan menerbangkan mereka ke orbit dimana mereka akan menaik lagi dengan modul arahan yang akan membawa mereka balik ke bumi.

Malangnya, Armstrong telah memecahkannya, menyebabkan mereka berpotensi untuk terdampar dibulan.

Cemas dengan keadaan itu, Aldrin telah menemui pen dan menggunakannya untuk menyambungkan pemutus litar dan enjin pendakian. Ianya berkesan dan pen itu sekarang dipamerkan di Muzium Penerbangan di Seattle.


5. Salah seorang angkasawan percaya kewujudan makhluk asing

Edgar Mitchell, juruterbang modul bulan untuk Apollo 14, mengumumkan secara terbuka bahawa dia secara peribadi pasti akan 90% laporan mengenai objek terbang yang tidak dikenalpasti atau UFO, dimiliki oleh pelawat dari planet lain.

Beliau mencadangkan bahawa dia bertemu dengan warganegara lain yang telah terserempak dengan makhluk asing, dan dikatakan kerajaan telah menutup cerita itu.

Walaubagaimanapun, dia selalu menegaskan dia tidak pernah nampak UFO, dan tidak pernah terancam dengan tuntutan itu. Dia juga mengatakan kisah UFO yang dilindungi  kerajaan adalah spekulasi dirinya sendiri.


4. Pita pendaratan Apollo 11 hilang

Pita asal pendaratan Apollo 11 dibulan telah hilang sejak beberapa dekad, disamping ratusan kotak pita magnet yang menyimpan data program Apollo.

Ini sememangnya menggalakan teori konspirasi – dengan sedikit bukti yang menyokong apa-apa tuntutan bahawa pita telah dicuri oleh pihak Soviet, atau dimusnahkan kerana mengandungi bukti pendaratan bulan adalah yang palsu.

Pada ulangtahun ke-40 Apollo 11 dilancarkan, pasukan antarabangsa mencuba untuk menjejaki pita yang mereka percaya mereka tidak sengaja terguna semula dan ditulis semula.

Walaubagaimanapun, semasa pencarian pita asal, mereka menemui salinan yang lebih tinggi kualiti dari apa-apa yang telah ada dalam domain awam sebelum ini. NASA kemudiannya menyiarkan kira-kira tiga jam dari rakaman yang dipulihkan ini.


3. Rover Apollo 17 telah dibaiki menggunakan pita saluran

Angkasawan Gene Cernan dan Jack Schmitt secara kebetulan adalah lelaki terakhir yang berjalan dibulan, mendarat modul bulan Challenger di lembah bulan yang dipilih kerana kepelbagaian persekitaran geologi – dengan gunung dan batu, kaca manik lava dan debu bulan.

Terdapat terlalu banyak untuk dilihat dengan berjalan, jadi NASA telah menghantar kereta bulan dengan mereka. Tetapi fender belakang kanan telah rosak sebelum mereka dapat menggunakannya.

Tanpa fender untuk melindungi roda, debu bulan yang dikenakan elektrik akan naik ke udara disekeliling angkasawan, akan mengaburkan pandangan mereka dan paling teruk akan merosakkan kapal mereka sekaligus menghalang mereka dari kembali kebumi.

Empat peta yang dicetak dan pita saduran membantu menyelamatkan hari mereka.


2. Bendera paling lama terpacak dibulan adalan bendera Union

Menurut Keith Wright, seorang jurutera Inggeris yang bekerja untuk beberapa ujikaji misi Apollo 11,  bendera paling lama terpacak dipermukaan bulan adalah bendera British.

Wright memberitahu dirancangan BBC  bahawa apabila pasukannya sedang menjalankan ujikaji, Armstrong dan Aldrin datang ke Pusat Angkasa Kennedy untuk menunjukkan bagaimana semuanya dikendalikan. Jurutera mula menurunkan tandatangan pada bracket yang direka untuk memegang panel solar semasa ujikaji itu dibawa ke bulan.

Picture


"Saya menandatangani nama saya dan berfikir, okay, saya akan menulis 'UK'," kata Wright sebelum menambah: ‘ Kemudian saya melukis bendera Union yang kecil’.

Walaupun bendera Amerika telah ditanam dahulu, sebelum angkasawan meletakkan panel suria, bendera itu telah tercabut semasa modul bulan Eagle berlepas kembali kebumi. Panel solar pula masih kekal pada permukaan bulan sehingga ke hari ini.


1.CIA terlibat dalam program Apollo

Teori konspirasi yang mendakwa Central Intelligence Agency (CIA) mengeluarkan pendaratan bulan untuk memalukan Rusia adalah tepat.

Malahan misi Apollo 8 ditugaskan dengan berkesan oleh CIA bagi tujuan propaganda.

CIA mendapati bahawa program angkasawan Soviet sedang membangunkan  fly-by bulan sebelum akhir tahun 1969, menurut komandan misi Apollo 8, Frank Borman, yang mengatakan fakta itu disampaikan kepadanya di Houston.

Pengurusnya memberitahu bahawa Amerika telah menukar misi Apollo 8 dari misi orbit Bumi ke dalam penerbangan orbit bulan, dan bertanya jika dia ingin melakukannya dan Borman bersetuju.

Memo CIA yang dikelaskan sejak 1968 menampilkan Cark Duckett, Timbalan Pengarah Agensi Sains dan Teknologi, yang menuntut kredit bagi kejayaan misi Apollo ke 8.



Sumber : www.msn.com


No comments