Terkini

Pemilik kepada aplikasi TikTok mengumumkan akan mengeluarkan telefon pintar sendiri


PARIS, FRANCE - MARCH 05: In this photo illustration, the social media application logo, Tik Tok is displayed on the screen of an iPhone on March 05, 2019 in Paris, France. The social network broke the rules for the protection of children's online privacy (COPPA) and was fined $ 5.7 million. The fact TikTok criticized is quite serious in the United States, the platform, which currently has more than 500 million users worldwide, collected data that should not have asked minors. TikTok, also known as Douyin in China, is a media app for creating and sharing short videos. Owned by ByteDance, Tik Tok is a leading  video platform in Asia, United States, and other parts of the world. In 2018, the application gained popularity and became the most downloaded app in the U.S. in October 2018. (Photo by Chesnot/Getty Images)
TikTok merupakan aplikasi yang sedang berkembang dengan pantas di sosial media dengan anggaran 500 milion pengguna tetap.

Aplikasi yang membenarkan pengguna membuat video sepanjang 15 saat, dianggarkan telah dimuat turun dengan lebih dari 1 bilion kali di play store.

Pencipta TikTok, ByteDance sedang membuat telefon pintarnya selepas memperolehi paten dan pekerja dari pembuat peranti Smartisan. Rancangan ini dibuat setelah firma teknologi itu berkembang ke sektor baru melangkaui video dan aplikasi baru.

Selain TikTok, ByteDance mempunyai beberapa aplikasi dan video yang berasakan Ai, seperti Slack Alternative Lark, aplikasi video-chatFlipchat dan pengumpul berita Toutiao. Walaubagaimanapun, TikTok merupakan yang paling popular.

Mengikut majalah kewangan China, Caijing, telefon baru itu sedang dalam pembangunan selama tujuh bulan.

Bytedance bukan pemaju pertama yang memanfaatkan aplikasi popular. Pada tahun 2013, aplikasi swafoto, Meitu mula membuat telefon untuk pengguna yang suka mengambil gambar diri mereka.

Telefon Meitu, yang dipromosikan oleh seseorang yang berpengaruh di media sosial China, mempunyai ciri kamera dwi piksel dengan auto fokus yang laju beserta Ai untuk memilih penapis gambar yang disesuaikan untuk setiap pengguna.

Tetapi China telah menjadi pasaran yang bersaing tinggi untuk membuat telefon pintar dan mungkin akan ada lagi peranti lain yang akan menonjol.

“Sangat sukar bagi mana-mana pendatang baru untuk memasuki pasaran telefon pintar, terutamanya ketika jenama besar seperti Apple, Samsung dan Huawei menpunyai ramai pengguna dengan pasaran yang bernilai berjuta-juta pound,” Ben Wood, penganalisis teknologi di CCS Insight, memberitahu BBC News.

Teknologi yang besar seperti Facebook. Google dan Amazon juga membuat beberapa jenis perniagaan lain tetapi mereka berjaya dalam bidang yang berlainan. Telefon Pixel Google telah menjadi popular tetapi rangkaian sosialnya, Google+ telah ditutup awal tahun ini selepas perkhidmatan penggunaannya merosot.

Sumber : bbc.com



No comments