Terkini

Motor ‘Y-SUKU’



Mengikut statistik terdapat lebih 10 juta motosikal yang terdapat di negara kita. Antara sebab mengapa masih ramai memilih untuk menggunakan motosikal berbanding kereta adalah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Motosikal bukan lagi menjadi keperluan bagi kehidupan seharian malah ianya juga dijadikan sebagai koleksi kebanggaan kepada pemiliknya.

Antara model motosikal yang sedang hangat diperkatakan pada masa sekarang ialah Yamaha YZ15ZR atau lebih popular dengan gelaran Y-SUKU. Model motosikal ini telah diperkenalkan pada tahun 2015 dan telah menjadi antara motosikal yang paling popular diseluruh negara.

Model ini telah membuat penampilan sulungnya pada hujung bulan 3 ketika berlangsungnya pusingan pertama Kejohanan Cub Prix di Jasin, Melaka. Mereka masih mengekalkan enjin berkuasa 150cc dengan  sejukan cecair, 4 lejang, SOHC yang digandingkan bersama transmisi 5 kelajuan. Model terbaru ini juga bakal tampil dengan corak grafik baru yang lebih baik dan gempak.

Y-SUKU boleh didapati dari empat variasi warna iatu Biru Storm, Merah Blazing, Cyan Striking dan Kelabu Dynamic.



Antara pembaharuan yang terdapat pada model ‘Y-SUKU’ V2 ini ialah:

- Lampu hadapan dan lampu isyarat membelok LED
- Paparan meter LCD
- Corak grafik serba baru
- Tayar hadapan lebih lebar (90/80-17) senang untuk dikawal terutama ketika membelok
- Dilengkapi dengan butang mati enjin (kill switch)

Harga Yamaha Y-SUKU  bermula dari RM8,168 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Ia telah naik sedikit berbanding versi awal yang dijual pada harga RM7,888. Setiap pembelian akan disertakan dengan kunci brek cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma.

No comments