Apple telah menarik balik pengharaman aplikasi kawalan ibu bapa OurPact
Apple telah menarik balik pengharaman aplikasi kawalan ibu bapa OurPact, membenarkan perisian itu untuk kembali ke App Store dalam bentuk asalnya dan tanpa sebarang sekatan. Langkah ini menandakan berakhirnya pertikaian selama sebulan antara Apple dan pelbagai syarikat kawalan ibu bapa yang terkesan akibat sekatan Apple.
Hakikatnya Apple telah membuang atau menghalang kemas kini kepada banyak aplikasi (termasuk OurPact) kerana ia dikatakan berpunca dari perubahan mendadak didalam polisi yang mengkategorikan semula aplikasi sebagai tidak selamat. Masalahnya adalah aplikasi ini menggunakan satu set alat yang dipanggil MDM, atau multi-device management, yang direka untuk pengurusan peralatan IT dan persekitaran sekolah. Ia masih dibenarkan di App Store dalam pelbagai aplikasi peringkat perusahaan selepas perubahan dalam peraturan Apple, walaupun ia umpama meletakkan pengguna pada risiko yang sama dengan menggunakan teknologi yang sama.
Berakhir bulan kontroversi
Ini terjadi sebelum perhimpunan tahunan WWDC pemaju Apple, berikutan cerita di The New York Times yang menaikkan isu tentang pemaju aplikasi kawalan ibu bapa yang terkesan. Laporan itu menyatakan bagaimana larangan Apple seolah-olah bertepatan dengan pelancaran alat Kawalan ibu bapa Skrin Masa yang terbina didalam iOS 12, yang membuatkan Apple terlihat seperti mempunyai kepentingan sendiri.
Sebagai tindak balas, Apple mengambil langkah luar biasa untuk mengeluar surat dari Phil Schiller, ketua pemasarannya lama yang di kenali dunia, menjelaskan bahawa aplikasi "meletakkan privasi dan keselamatan pengguna pada risiko," dan oleh itu terpaksa dibuang. Sekumpulan pemaju aplikasi kawalan ibu bapa (termasuk OurPact) kemudian dtanda bersama untuk menuntut API daripada Apple untuk aplikasi mereka berfungsi didalam linkungan iOS baru, jika ianya akan dihalang secara kekal daripada menggunakan alat MDM yang sedia ada.
Namun ,Apple mengemas kini Garis Panduan Kajian App Store semasa WWDC untuk membenarkan aplikasi kawalan ibu bapa menggunakan MDM (dan alat VPN), seolah-olah sebagai tindak balas kepada kontroversi ini. Dan sekarang, dengan OurPact - aplikasi paling terjejas secara terbuka - secara rasmi kembali ke App Store, menunjukkan segala pertelingkahan akhirnya berakhir.
Namun, walaupun kontroversi ini akhirnya selesai, ia merupakan peringatan yang baik tentang kuasa Apple terhadap App Store dan aplikasi apa yang dibenarkan atau tidak dibenarkan masuk. Sekalipun kejadian ini seolah-olah diselesaikan, ia menunjukkan sifat Apple yang mempunyai kawalan yang kuat dan berkemungkinan ini bukanlah kontroversi yang terakhir.
Sumber : www.msn.com
No comments