Terkini

Anda mungkin didenda Rm10,000 dan dipenjara jika didapati merakam dipawagam

Man illegally recording in a movie screening

Apakah perasaan anda apabila kerja yang anda usahakan selama berbulan-bulan dan menelan belanja yang besar telah dikhianati oleh individu tertentu untuk kepentingan dirinya sendiri? Apakah perasaan anda juga apabila anda pergi ke pawagam tetapi tiada pilihan filem kerana pengeluar filem dari luar mula tidak menayangkan filem mereka di Malaysia?

Jika anda merasa kecewa begitu juga yang dirasai oleh orang lain. Tahukah anda, menurut undang-undang Hak Cipta Malaysia, pembuat filem mempunyai hak tertentu yang dilindungi dibawah Seksyen 13 Akta Hak Cipta 1987, untuk tempoh 50 tahun dari tahun diterbitkan.

          Seksyen 22 – Akta Hak Cipta 1987

          “Hak cipta yang wujud dalam sebuah filem dibawah Akta ini akan terus wujud sehingga                       tamatnya tempoh lima puluh tahun yang diambil kira dari awal tahun kalender, tahun                           berikutnya dari filem itu diterbitkan pertama kali.”

Hak-hak yang dilindungi termasuklah hak untuk menerbitkan karya itu kepada orang awam, dan untuk menghasilkan semula karya dalam bentuk apa pun.

Sekiranya ada orang yang ingin menggunakan kerja itu, ia mestilah dibawah salah satu pengecualian dalam Bahagian 13. Pengecualian yang dibenarkan oleh undang-undang umumnya merangkumi situasi dimana kerja itu digunakan untuk pendidikan, kritikan, laporan berita dan parodi (anda boleh mendapatkan senarai penuh dalam Seksyen 13 (2) Akta Hak Cipta).

Bertentangan dengan kepercayaan popular, bukan hanya bagaimana anda menggunakan kerja itu, tetapi juga sebab anda menggunakannya. Oleh itu, walaupun anda merakam sebahagian kecil filem tetap boleh menjadi pelanggaran hak cipta jika dilakukan dengan alasan yang salah. Disebabkan merakam beberapa potongan filem dan menyebarkan di media sosial tidak termasuk dalam sebarang pengecualian undang-undang, ia mungkin dianggap haram.

Tetapi beberapa gambar dan rakaman mungkin dianggap sebagai “perbuatan adil” dalam undang-undang hak cipta. Untuk dapat menggunakan sebahagian daripada karya hak cipta seseorang, anda boleh memastikan penggunaan bersesuaian dengan peruntukan “perbuatan adil” dalam Seksyen 13 (2A):

"... dalam menentukan sama ada sesuatu urusan merupakan suatu urusan yang adil, faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan hendaklah termasuk-

(a) tujuan dan sifat urusan, termasuk sama ada urusan itu bersifat komersial atau untuk tujuan pendidikan tiada keuntungan;

(b) sifat kerja hak cipta;

(c) jumlah dan kaitan antara kepentingan bahagian yang digunakan dengan karya hak cipta secara keseluruhannya; dan

(d) kesan pengawasan terhadap potensi pasaran atau nilai karya hak cipta. "

Pada asasnya, untuk menentukan sama ada urusan dengan karya hak cipra dianggap “adil”, faktor-faktor berikut perlu dipertimbangkan -  tujuan urusan (seperti jika bukan komersial, atau untuk pendidikan), sifat asal kerja, jumlah kerja asal yang disalin/dirakam, dan sama ada urus niaga itu mempengaruhi pasaran atau nilai yang berpotensi.

Tiada siapa yang tahu bagaimana undang-undang akan dilaksanakan sehingga kes sebenar naik ke mahkamah. Selagi anda tidak membuat rakaman panjang untuk Facebook Live atau untuk menerbitkan dengan cara lain, anda tidak akan mendapat masalah dengan pengeluar filem.



Malangnya, peminat Instagram tidak boleh menyiarkan pengalaman pawagam mereka  di Instagram Story kerana ia adalah kesalahan jenayah untuk merakan filem dipawagan, sama ada 10 saat atau 2 jam. Seperti dalam Seksyen 43a Akta Hak Cipta:
       
          “Mana-mana individu mengendalikan peranti rakaman audiovisual dibilik tayangan untuk                     merakam mana-mana filem secara keseluruhan atau sebahagian melakukan suatu kesalahan                 dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang dari sepuluh ribu ringgit dan                     tidak  lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi                 lima tahun atau kedua-duanya” – penekanan ditambah

Percubaan untuk merakam juga boleh dihukum dengan denda antara RM5,000 hingga Rm15,000 dan / atau penjara sehingga 1 tahun. Peranti rakaman audiovisual dalam undang-undang bermaksud:

          “..... mana-mana peranti yang mampu merakam atau memancarkan gambar gerakan atau                      mana-mana bahagiannya”

Jadi itu termasuk kamera telefon anda.

Tambahan lagi, pawagam biasanya mempunyai peraturan untuk dipatuhi pelanggannya, yang biasanya termasuk peraturan seperti ‘tidak ada makanan dan minuman dari luar’, dan ‘tidak ada rakaman dibenarkan’. Peraturan ini adalah seperti syarat yang mesti dipatuhi untuk mendapatkan kebenaran memasuki pawagam. Jika anda melanggar peraturan tersebut, anda tidak lagi mempunyai kebenaran untuk berada disana.

Pawagam boleh memantau dewan tayangan mereka dari semasa ke semasa dan jika seseorang ditangkap cuba untuk merakan, kakitangan pawagam mempunyai hak untuk menyuruh keluar.

Ia sentiasa teruja untuk menonton filem yang telah lama ditunggu, tetapi fikir dahulu sebelum membuat sesuatu yang akan menyusahkan anda dikemudian hari. Lebih baik untuk untuk kongsi gambar diluar pawagam dengan popcorn atau poster filem.

Sumber : Asklegal.my

No comments